Monday, May 11, 2015

Hijrah menjadi lebih baik

Melihat orang lain.. itu cermin diri kita. Bila orang bercakap kasar dengan kita, tengok kembali diri kita. Kadang-kadang memang terasa, tetapi bila bercakap dengan orang yang berjawatan tinggi daripada kita, memang itulah nasibnya.

Kadang-kadang kita memang mendapat bos yang baik dan berbudi bahasa. Ada juga bos yang tegas. Dan ada juga tegas dan tidak bertempat. Asyik ingin menang dan langsung tidak memberi orang lain peluang untuk bercakap. Bila kita bercakap, dia boleh potong cakap kita. Macam-macam orang ada dalam dunia ini.

Bila semua ini berlaku, barulah aku cermin diri aku. Aku juga kadang-kadang potong cakap orang apabila orang lain sedang bercakap. So, memang begitulah lumrahnya. Kita kena melihat kelemahan dan keburukan orang lain yang ada pada kita. Sebenarnya Allah ingin tarbiyyah kita untuk berubah. Berubah agar menjadi baik. Dengan erti kata lain, kita perlu berhijrah.

HAKIKAT KEHIDUPAN DI DUNIA

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:
           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SIHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta kekayaaan
                Sebab
    Si kaya pun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma selembar.

      Mari terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
 terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku  saat ini

       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri & utk share dgn kawan2 ...

Adab Perjalanan

PETUNJUK SUNNAH DAN ADAB SEHARI-HARI

Adab Perjalanan :
1. Sebelum memulakan safar - Shalat sunat safar 2 rakaat

2. Do`a memakai sandal / sepatu / kasut
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُبِكَ مِنَ اْلاِبْلِسِ وَالْجُنُدِهِ
Artinya : “ Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari Iblis dan bala tentaranya. “

3. Tidak memakai hiasan dan wangi-wangian

4. Do`a keluar rumah :
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِـاللهِ

5. Saat naik kendaraan langkahkan kaki kanan denagan membaca : بِسْمِ اللهِ , setelah duduk bacalah اَلْحَمْدُ ِاللهِ , bila kendaraan mulai berjalan maka baca :
سُبْحَـانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَـا هَذَا وَمَـا كُنَّـا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّـا اِلَى رَبِّنَـا لَمُنْقَلِبُــوْنَ

6. Jika perjalanan naik / tanjakan baca : اَللهُ اَكْبَـرُ
Jika perjalanan turun, baca : سُبْحَـانَ اللهُ
Jika perjalanan mendatar, baca : اَلْحَمْدُ ِللهِ
Jika jalan berliku-liku, baca : لاَ حَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِـاللهِ
Jika melewati jembatan, baca : اَلَّهُمَّ يَلِّمْ وَسَلِّمُ
Jika melihat masjid, baca اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ
Jika melihat tempat ibadah bukan Islam, baca : لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ لاَمَعْبُدْ اِلاَّ اللهُ
Jika melihat wanita bukan muhrim, baca : اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَـةِ النِّسَـاءِ
Jika melihat kebesaran dunia, baca :
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَـا وَمِنْ عَذَابِ ا ْلاَخِرَةِ

7. Jika melihat kampung, baca : اَللَّهُمَّ بَـارِكْ لَنَـا فِيْـهَـا
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَـا جَنَـاهَـا وَحَبِبْنَـا اِلَى اَهْلِهَـا وَحَبِبْ صَـالِحِى اَهْلِهَـا اِلَيْنَـا.

8. Berhenti di tengah jalan atau penginapan, baca :
اَعُوْذُبِكَلِمَـاتِ اللهِ التَّـامَّـاتِ مِنْ سَرِّمَـا خَلَقَ

9. Turun dari kendaraan, baca : رَبِّ اَنْزِلْنِى مُنْزَلاً مُبَـارَكًا وَاَنَـا خَيْرُالْمُنْزِلِيْنَ.

10. Bila melihat kota, baca :
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيُّ دَاءِمٌ لاَ يَمُوْتُ
بِيَدِهِ الْخَيْرِ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Fadhilahnya :
? Dapat 1000 kebaikan
? Hapuskan 1000 dosa dan kejahatan
? Diangkat 1000 derjat dalam surga.
11. Do`a naik kendaran laut, baca : بِسْمِ اللهِ مَـجْرَهَـا وَمُرْسَهَـا اِنَّ رَبِّى لَغَفُوْرٌرَّحِيْـمٌ
وَمَـا قَدَرُوْالله َ حَقَّ قَدْرِهِ وَاْلاَرْضِ جَمِـيعًـا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ وَالسَّمَوَتِ عَطْوِيَـاتِ بِيَمِنِهِ
سُبْحَـا نَـهُ وَتَعَـالَى عَمَّـا يُشْرِكُوْنَ .

12. Do`a masuk rumah : اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْـأَََلُكَ خَيْرَ الْمَوْلُجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ

Poligami Oh Poligami..

KISAH BENAR TENTANG POLIGAMI

Peristiwa ni berlaku semasa aku dan kawan-kawan ke Kolej Teknologi Darul Naim(KTD) Kelantan utk memantau program Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang dijalankan di sana. Aku lupa apa yang dibincangkan sementara menunggu flight balik ke KL. Tapi apa yang aku ingat ada seorang Ustazah berkata, "Orang macam ustaz-ustaz ni bagus jika berpoligami. " Ustazah tersebut menujukan kata-katanya kepada kami dalam satu kumpulan. Aku respect kata-kata ustazah ni kerana tajuk tesis Masternya berkaitan dengan poligami.

Gambar keluarga UAI - Contoh Poligami yg baik


Lantas aku bartanya, "Kenapa pulak ustazah cakap macam tu". Jawabnya, "Ye la.. orang macam ust ni semuanya baik-baik belaka. Bagus jika memimpin wanita di luar sana yang masih belum bersuami". Aku bertanya lagi, "Habis tu, ustazah bagi tak suami ustazah kahwin satu lagi?". Jawab beliau, "Suami saya masih belum cukup baik lagi". Jawab aku, "Pulok doh!". Sebenarnya kami semua pun belum cukup baik lagi ustazah woii!!! Tapi bila kami dah cukup baik nanti dan kami kahwin satu lagi.. mesti ada orang akan cakap.. ustaz ni memang gatal la.. tak x cukup dengan satu bini la.. pulok doh!! Fening2..

Apakah itu sudut pandang masyarakat Melayu yang sempit dalam hal ini?

Itulah hakikatnya. So, kalau nak berpoligami mesti jadi baik terlebih dahulu dan bila dah berpoligami jangan endahkan apa orang kata. Yang penting, bahagia bersama pasangan di dunia dan juga di akhirat. Nampak macam senang je bunyi nya.. tapi nak dapat BAHAGIA tu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia berhajat kepada kepada ilmu dan iman. Bukan pakat redah je. Takut kalau-kalau ingatkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari. Atau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Nak berpoligami, tiba-tiba bercerai pulak dengan isteri dan anak-anak. Hancur dan runtuhlah masjid yang sudah dibina.. Masjid baru belum tentu dapat dibina. Kalau dapat dibina belum tentu bertahan sampai ke 'tengahari'.

Itulah hakikat kehidupan di dunia ini.


Wednesday, March 12, 2014

Perginya tidak kembali lagi

Dua hari lepas, aku dikejutkan dengan kematian Mok Da, jiran aku dulu masa kecil-kecil dulu. Mok Da juga adalah sepupu kepada ayah aku. Jadi, Mok Da adalah mak sepupu aku. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah.



Dulunya keluarga Mok Da tinggal selang dua buah rumah daripada rumah aku. Selepas kahwin, Mok Da pindah ke Kg. Paya Berenjut kerana dapat tanah untuk membina rumah di sana.

Kebaikan Mok Da memang tidak dinafikan. Semasa hidupnya beliau seorang yang begitu lemah lembut. Aku ingat lagi, Mok Da tolong jahit seluar aku yang koyak. Aku orang susah. Pakai seluar selagi boleh dipakai.

Mok Da juga memang seorang yang baik hati. Kadang-kadang dia tolong aku. Masa aku kecil dulu, dia upah aku basuh motorsikal suami dia. Dapat lah duit untuk belanja.

Pernah aku dikhabarkan bahawa Mok Da sakit tenat sekitar dua atau tiga tahun lepas. Kebetulan aku berada di Kemaman pada masa itu. Kesempatan itu aku ambil untuk menziarahinya di Hospital Kemaman. Pada masa tersebut keadaannya koma. Alhamdulillah, Allah swt memanjangkan umurnya untuk hidup lagi di dunia ini selepas 2 hingga  tiga tahun.



Kini Mok Da sudah tiada lagi di dunia ini. Perginya ke rahmatullah tidak kembali lagi.  Kini dia berpindah ke alam lain, iaitu alam barzah. Aku doakan agar segala kebaikannya yang telah dilakukan dibalas oleh Allah swt dengan ganjaran pahala dan syurga. Manakala segala kesalahannya, moga Allah mengampunkannya. Tiada pengharapan melainkan hanya kepada Allah swt. Moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan mendapat nikmat daripada Allah swt. Ameen. Ya Rabbal 'Alamin.

Bangi, 12 Mac 2014.