Showing posts with label pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label pekerjaan. Show all posts

Friday, May 22, 2015

Over time .. untuk kehidupan akhirat

Bila aku hantar mesej tentang saham akhirat.. ramai yang respon bagus..

Orang Bangladesh bekerja di Malaysia yang cerdik, dia akan kirim duit kat kampung dia dulu walaupun dia masih di Malaysia. Bila dia balik ke negara asalnya nanti, dia akan jadi senang kerana dah ada duit. Dia akan hidup senang di sana. Begitulah dengan kehidupan kita ini. Kita bukan mahu bijak di sini sahaja tetapi kita mahu juga bijak di sana. Senang di sana.



Caranya kita kirim duit untuk kehidupan akhirat kita terlebih dahulu iaitu dengan cara kita banyak menderma, bagi makan orang miskin, bantu anak yatim, dan macam-macam lagi.



Kawan aku bertanya, habis tu yang kita kerja ni macamana? Tak dikira sebagai bekalan akhirat ke? Buat kelas hujung minggu tak dikira sebagai bekalan akhirat ke?

Jawapannya mudah sahaja, semua amalan kebaikan yang kita buat kerana Allah dan kita tinggalkan larangan Allah semata-mata kerana Allah adalah untuk bekalan akhirat kita. Namun, kita tidak mahu hanya merasa cukup dengan amalan itu sahaja. Adakah kita rasa selesa dan cukup dengan amalan kebaikan yang telah kita kerjakan?

Sepatutnya untuk kehidupan akhirat kita tidak perlu jemu untuk beramal. Tingkatkan lagi amalan kebaikan dalam hidup kita. Kalau pekerjaan dunia pun kita masih tidak merasa cukup dengan pendapatan kita, masih tak cukup dengan apa yang kita dapat, maka, untuk kehidupan akhirat sepatutnya kita perlu usaha lebih lagi. Kita kena buat kerja lebih masa untuk kehidupan akhirat kita. Risau jika amalan kita tidak cukup atau yang lebih merunsingkan lagi apabila amalan kita ditolak oleh Allah swt. Sebagaimana kisah tiga orang yang begitu yakin dengan amalan soleh yang mereka kerjakan ketika sedang dihisab oleh Allah. Seorang qari, seorang syuhadak dan seorang hartawan. Semuanya dihumban ke neraka gara-gara nawaitunya bukan kerana Allah swt. Tersedik di hatinya untk dipuji dan mendapat nama. Wanauzubillah.

Monday, May 11, 2015

Hijrah menjadi lebih baik

Melihat orang lain.. itu cermin diri kita. Bila orang bercakap kasar dengan kita, tengok kembali diri kita. Kadang-kadang memang terasa, tetapi bila bercakap dengan orang yang berjawatan tinggi daripada kita, memang itulah nasibnya.

Kadang-kadang kita memang mendapat bos yang baik dan berbudi bahasa. Ada juga bos yang tegas. Dan ada juga tegas dan tidak bertempat. Asyik ingin menang dan langsung tidak memberi orang lain peluang untuk bercakap. Bila kita bercakap, dia boleh potong cakap kita. Macam-macam orang ada dalam dunia ini.

Bila semua ini berlaku, barulah aku cermin diri aku. Aku juga kadang-kadang potong cakap orang apabila orang lain sedang bercakap. So, memang begitulah lumrahnya. Kita kena melihat kelemahan dan keburukan orang lain yang ada pada kita. Sebenarnya Allah ingin tarbiyyah kita untuk berubah. Berubah agar menjadi baik. Dengan erti kata lain, kita perlu berhijrah.

Wednesday, August 24, 2011

Yang Salah Itu Benar?




“Pakcik pencen masa umur berapa tahun?”, tanya saya pada seorang Pakcik. “Ketika genap umur pakcik 56 tahun.” Jawab Pakcik tersebut ikhlas.

Kenapa awal sangat Pakcik, Pakcik kan muda lagi?” tanya saya lagi untuk mengetahui lebih lanjut. Jawabnya, “Banyak masalah kalau Pakcik teruskan lagi servis”. Pakcik tersebut mula bercerita lanjut. Saya cuba pasang telinga dan cuba untuk faham kata-kata Pakcik tersebut.
Itulah di antara perbualan saya dengan seorang pakcik yang baru sahaja pencen pada usia 56 tahun. Alasannya jelas sekali mengapa beliau pilih untuk pencen awal. Padahal beliau boleh memilih option 58 tahun untuk pencen.

Thursday, August 4, 2011

Allah 'Tuan' Kita

Mengantuk sungguh!! Mengantuk yang amat sangat!!!. Dan tidak dapat dikawal lagi.. Aku perlukan rehat nampaknya..
Itulah hakikat manusia yang begitu lemah. Tidak mampu melawan mengantuk. Akibatnya, tertidur seketika walaupun berhadapan dengan komputer. Walaupun tadi tangan sedang menaip menggunakan papan kekunci komputer.

Malam tadi saya tidur jam 2.30 pagi. Ada kerja yang perlu dibereskan. Sebagai gantinya, petang ini saya mengantuk yang amat sangat. Tidak dapat dikawal lagi. Saya cuba melawan untuk tidak tidur, nampaknya saya gagal. Manusia begitu lemah berbanding Allah SWT, pencipta manusia. Allah tidak mengantuk apatah lagi tidur. Firman Allah swt yang maksudnya:

Monday, July 25, 2011

Amanat untuk pensyarah sempena hari pekerja 2009



Amanat ini telah saya hantar kepada semua pensyarah fakulti pada 8 mei 2009, sempena Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia, iaitu pada 1 Mei setiap tahun.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pendidik dan pembaca. Mungkin sebahagiannya berkaitan dan boleh diambil pengajaran. Dan sebahagiannya pula mungkin boleh dibuang.
Salam,

Semua rakan-rakan pensyarah yang dikasihi sekalian,

WAKTU KERJA, KITA KERJA
Di sini saya ingin memesan diri saya dan rakan-rakan sekalian berkaitan dengan masa bekerja di KUIS. Waktu kerja adalah daripada jam 8.00am - 5.00pm @ 9.00am - 6.00pm. Ini WAKTU KERJA yang telah tercatat dalam offer letter tuan-puan. Sebagai amanah, waktu ini perlu diisi dengan urusan kerja yang berkaitan dengan KUIS. Waktu kerja tetap waktu kerja. Kita perlu amanah. Dan amanah ini akan dipersoalkan.
Nabi s.a.w. bersabda; ”Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu.”
Riwayat Muslim & Abu Dawud

Tuesday, July 14, 2009

Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks dan BerimpakTinggi

Alhamdulillah, pada 8 dan 9 Julai yang lepas, saya berkesempatan untuk mengikuti program penulisan jurnal. Nampak macam senang tapi tidak semudah itu. Bengkel tersebut disampaikan oleh Prof Mohd Amin Embi, daripada UKM. Beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penulisan, dan pengalaman berharga beliau tersebut dapat berkongsi dengan kami di KUIS.

Gambaran Sebenar
Sebelum ini, gambaran kami tentang jurnal agak kabur. Tidak dapat membezakan jurnal mana yang berkualiti dan jurnal mana yang tidak. Apa yang dimaksudkan dengan berimpak tinggi dan berindeks. Kini, kekaburan itu tiada lagi. Dulu, semua jurnal sama sahaja.

Mula Munulis
Bagi orang seperti kami, stating point is very important. Saya perlu menulis sedikit demi sedikit kerana dalam kesibukan rutin kerja menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas. Tentunya itu sebahagian daripada alasan saya. Walaubagaimanapun, jika kita benar-benar mempunyai keinginan, sibuk macam mana sekalipun tetap akan diluangkan untuk menulis. Itulah motivasi untuk lebih serius dalam bidang penulisan terutamanya yang berbentuk akaddemik dan ilmiah.

Semoga dipermudahkan oleh Allah swt hendaknya. Amin.