Sunday, May 7, 2017

Berat mata memandang..

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”.

Itulah yang boleh aku ungkapkan untuk kedua-dua sepupuku, Zira, (18 tahun) dan Mira (14 tahun) yang kini menjaga ayah mereka di ICU Hospital Kuala Terengganu (HKT).
Atau lebih tepat lagi..

“Sudah jatuh di timpa tangga”

Setahun yang lepas, mereka kehilangan ibu kesayangan kerana penyakit darah tinggi hingga menyebabkan pendarahan di kepala. Koma hampir seminggu di HKT sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiba-tiba pada pagi Selasa yang lepas, aku terdengar sepupu aku ni menjerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong!  Ayah jatuh”.

Aku bergegas ke rumahnya kerana rumah mereka hanya bersebelahan dengan rumah mak ayah aku di kampung.

Ketika masuk ke rumah mereka, aku terus meluru ke dapur. Kelihatan pakcikku terbaring di lantai. Tanda-tanda stroke seperti kegagalan untuk menggerakan kaki dan tangan sebelah kiri kelihatan. Pakcik aku cuba bangun tetapi gagal.

Aku cuba mengangkatnya ke ruang tamu dengan dibantu oleh Padil. Melihat keadaanya yang agak serius, aku membuat keputusan untuk membawanya ke Hospital Kemaman dengan bantuan ambulans.  Alhamdulillah, ambulans sampai bagitu cepat.

Ketika di Hospital Kemaman, pakcikku dimasukkan ke ICU, Zon merah menandakan perlu pengawasan rapi sepenuhnya. Beliau tidak sedarkan diri. Menurut doktor yang bertugas di sana, dia dimasukkan ubat dan kemungkinan terdapat pendarahan di  kepala. Menurut doktor lagi, pakcikku perlu dipindahkan SEGERA ke HKT memandangkan kelengkapan peralatan dan pakar yang ada di sana. Kami bersetuju demi untuk satu pengharapan agar beliau sembuh seperti sedia kala.

Tiba di HKT, doktor mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kepala dan pembedahan perlu dilakukan segera. Kami bersetuju dan redha walaupun faham yang risikonya tinggi. Namun kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.  Sehingga kini, pakcikku masih belum sedarkan diri dan kesihatannya semakin merosot.

Besar harapan anaknya agar dapat berpuasa dan beraya bersama ayahanda kesayangan mereka pada tahun ini. Namun, hanya Allah yang mengetahui nasib mereka sama ada mereka masih berpeluang atau mungkin tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka buat selama-lamaya seperti mana pemergian ibu mereka pada awal tahun lepas.

Hatiku hanya mengharapkan semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Tanda kasih sayang Allah taala pada hambaNya adalah dengan menguji hambaNya. Sama-samalah kita doakan kebaikan untuk mereka sekeluarga.

My Pakcik : CW IBRAHIM

Lawatan Banchmarking FSTM, KUIS di UNIKL MIIT

Alhamdulillah pada 25 April yang lepas, kami rombongan daripada FSTM KUIS mengadakan lawatan Banchmarking di UNIKL MIIT, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Gambar sekitar lawatan.

Sebelum persembahan animasi

Menyaksikan persembahan di Makmal Animasi UNIKL

Menyaksikan persembahan di Makmal Animasi UNIKL

Perbincangan dan perkongsian idea

Salah seorang penyelidik dan calon Phd UNIKL

Sesi taaruf KUIS-UNIKL

Persembahan Animasi

Gim

Kemudahan yang disediakan

Kemudahan Smart Board

Gim

Terima kasih kerana menerima rombongan kami

Peserta rombongan bergambar
Terima kasih UNIKL kerana sudi menerima rombongan kami.

Thursday, November 10, 2016

Nasihat Imam Syafiee

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".


"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"


"Jangan cintai orang yang tidak m'cintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"


"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".


"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."


"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”


"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''


"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"

Ringkasan (DB) Bayaan Hazrat Mawlana Saad Kandhalwi - 3 /11/2014

Ringkasan (DB) Bayaan Hazrat Mawlana Saad Kandhalwi ini untuk org lama di Markaz Nizamuddin (2014/11/03)

● Usaha ini [ tabligh] tidak akan maju melalui  pengalaman, tetapi dengan mengamalkan cara-cara para Sahabat (RD)

● Mereka yang terlibat dalam tabligh dilihat telah mula kurang mengkaji kehidupan para Sahabat (RD) dan menganggap ia kurang penting dan lebih cenderung kepada ucapan, mashwara, dan program-program di tempatnya

● Hazratji Mawlana Ilyas (ra) mengatakan bahawa ucapan atau perbincangan yang tidak memupuk kesedaran kpd Allah tidak berharga tetapi hanyalah keseronokan/halwa telinga.

Monday, August 8, 2016

Selamatlah Saudara Ammar Haziq

Hari ini terusik lagi minda ini
Dalam suasana meriah aidilfitri
Mendengar khabar janji yang pasti
Saudara Ammar Haziq dipanggil Ilahi
Anak di kandung pun tak sempat dikucupi
Moga tenanglah saudara ku ini di sana nanti
Di sisi Maha Pencipta mu yang lebih menyayangi

Namun inilah suatu bukti
Bahawa janji Allah itu pasti
Kematian kan sentiasa menanti
Buat semua tiada yang terkecuali
Ingat mengingatilah yang masih di sini
Sakit dan tua bukan syarat utama mati
Kerna yang muda dan sihat juga telah pergi

Walau indah dunia di sisi
Walau bertimbun harta di cari
Walau punya ayah, ibu, anak dan isteri
Walau ramai handai taulan serata negeri
Walau ada beratus yang menjaga setiap hari
Namun janji Allah itu pasti, tak dapat dimungkiri
Setelah habis sisa kehidupan yang masih berbaki
Sampai masa berangkatlah kita ke alam yang abadi
Moga perginya kita nanti bukan sekadar ditangisi
Namun doa, amal, taqwa, sedekah jua yang mengiringi
Mengharap syafaat Rasul dan syurga yang dijanji
Dalam rahmat, redha dan maghfirah Mu Ya Rabbi
Moga kita terpilih dalam golongan yang diredhai

musafir senja
2 ogos 2016/ 28 syawal 1437, KUIS