Friday, April 20, 2012

Kasih sayang Allah pada hambaNya



Pagi tadi saya ada membaca satu hadith sohih riwayat imam Bukhari, yang mafhumnya lebih kurang..

Allah swt memerintahkan malaikat agar mencatat 1 pahala apabila hambaNya mempunyai niat untuk membuat kebaikan, sebaliknya jika hamba tersebut betul-betul melaksanakannya, Allah swt gandakan 10 kali ganda hingga  700 kali ganda atau berganda-ganda lagi sehingga tidak terhitung banyaknya.

Manakala jika hamba tersebut mempunyai niat untuk membuat kejahatan tidak diganjarkan dengan dosa bahkan jika hamba tersebut tidak melakukan niat jahatnya itu, maka mendapat satu pahala pula kerana berjaya menghindarkan perbuatan jahat tersebut. Jika betul-betul hamba tersebut laksanakan kejahatan, maka dia mendapat satu dosa.

SubhanAllah..

Tuesday, April 17, 2012

BERSYUKURKAH KITA KETIKA SUSAH?


Berada dalam keadaan bahagia dan diuji dengan kesenangan mudah untuk kita syukuri. Seorang kawan saya bersyukur kerana baru sahaja dinaikkan pangkat. Dia menghantar sms untuk melahirkan kesyukurannya..

“Alhamdulillah.. Aku baru sahaja dinaikkan pangkat, gaji pun naik..”
Jawab aku, “Tahniah! moga mendapat keberkatan”

Jika kita diuji dengan kesususahan, bersyukurkah kita?

Sebenarnya, susah dan senang semuanya UJIAN daripada Allah.
Ada orang kaya yang bersyukur, Allah tambah lagi nikmatNya. Sebaliknya, orang miskin yang kufur semakin melarat dan bertambah miskin kerana tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah swt. Bila kita di dalam kesusahan, jarang kita berfikir tentang nikmat Allah yang lain dan lagi besar yang kita miliki. Kita menjadi bertambah kritikal kerana memikirkan atau terlalu memfokuskan kepada nikmat Allah yang hilang sedangkan banyak lagi nikmat Allah yang sedang kita kecapi.

Sebagai contoh, orang yang kehilangan kakinya kerana kemalangan sepatutnya bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat kesihatan agar dapat bertaubat pada Allah. Kemalangan yang menimpanya dijadikan peringatan dalam hidupnya untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Apabila dia terlalu memfokuskan kepada kakinya yang tiada, dirinya menjadi lebih menderita. Apabila dia berfikir tentang nikmat ‘hidup’ yang dimilikinya, tentunya dia akan lebih bersyukur. Ada orang yang kemalangan, terus mati dan tidak sempat bertaubat.

Jadilah kita hamba yang bersyukur!

Bersyukurlah kita pada Allah dengan erti kata yang sebenarnya!