Pagi tadi saya
ada membaca satu hadith sohih riwayat imam Bukhari, yang mafhumnya lebih
kurang..
Allah swt memerintahkan
malaikat agar mencatat 1 pahala apabila hambaNya mempunyai niat untuk membuat
kebaikan, sebaliknya jika hamba tersebut betul-betul melaksanakannya, Allah swt
gandakan 10 kali ganda hingga 700 kali
ganda atau berganda-ganda lagi sehingga tidak terhitung banyaknya.
Manakala jika
hamba tersebut mempunyai niat untuk membuat kejahatan tidak diganjarkan dengan
dosa bahkan jika hamba tersebut tidak melakukan niat jahatnya itu, maka
mendapat satu pahala pula kerana berjaya menghindarkan perbuatan jahat
tersebut. Jika betul-betul hamba
tersebut laksanakan kejahatan, maka dia mendapat satu dosa.
SubhanAllah..
No comments:
Post a Comment