Friday, June 22, 2012

Janji Ditepati..


Sepanjang perjalanan daripada Bangi ke Shah Alam terdapat banyak biilboard “Janji Ditepati”. Kebetulan pada 19-20 Jun yang lepas, saya berpeluang hadir ke Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu di UiTM Shah Alam.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah kerana saya seorang yang suka menepati janji, maka saya perlu war-warkan yang saya seorang yang menepati janji? Pada pandangan saya, orang akan lihat kita sebagai seorang yang menepati janji bukan daripada slogan atau tutur kata kita, sebaliknya mereka melihat daripada amalan atau praktikal kita yang sebenarnya. Saya sebenarnya amat tidak bersetuju dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia seolah-olah mencerminkan sikap orang yang cuba menunjuk-nunjuk. Sedangkan dalam Islam, kita diajar agar tidak mempromosi diri dengan menyatakan “aku sebagai seorang yang baik” sedangkan orang lain yang lebih tepat dalam menilai kita sama ada kita lebih baik atau sebaliknya.

Oleh itu, saya menyeru agar kita semua bersikap sederhana dan jangan melampau-lampau dalam mempromosi diri dengan menyatakan yang diri aku lebih baik daripada orang lain.

Mungkin dalam politik, ini tidak sesuai diamalkan? Kita perlu lebih menonjolkan diri.. Atau Islam sudah tidak relevan lagi? Wanauzubillah..

No comments:

Post a Comment