Tuesday, September 24, 2013

Nak Tukar Sekolah


"Papa, kakak ingat nak tukar sekolah la..", begitulah kata-kata anak perempuanku sebaik sahaja pulang daripada sekolah.

"Kenapa?", tanya aku untuk mengetahui sebabnya.

"Kakak tak suka la orang panggil kakak dengan nama 'Chef Wan' dan 'Rozita Che Wan' ", katanya.

"Ooo.. ok." Jawabku selamba.

Begitulah perbualan aku dengan anak sulongku ini yang baru darjah 2. Kesan ejekan atau panggilan yang tidak sepatutnya telah melunturkan semangatnya untuk pergi ke sekolah. Sungguh kesian!!

Aku hanya pesan kat anak aku supaya jangan endah apa orang nak kata. Buat do no je.. penat nanti dia orang stop la. Jika kita layan apa yang orang cakap kat kita, nanti mereka akan usik lagi sebab ada respon.

Satu lagi ialah ucap alhamdulillah apabila orang kata tak elok kat kita. Bila kita ucap alhamdulillah, kita akan dapat pahala. Tapi apabila kita membalasnya (apa yang orang kata), sebenarnya kita sama macam orang tersebut.

Bila dah tak tahan lagi, barulah report kat cikgu. "Cikgu, ada orang kata kat saya." Laporkan sahaja pada guru kelas. Biar guru kelas bagi warning kat kawan-kawan tu.

Saya kata kat anak saya, "..tu perkara kecil sahaja. Bila dia kata yang tak elok, bukannya kita cedera pun." Aku cuba sedapkan hati anak aku yang dah mula cool sikit.

Lainlah jika dia mencerca mak bapak kita, mempermainkan agama kita. Itu TIADA KOMPROMI. Boleh ambil tindakan. Tapi ingat, mereka ni semua adalah budak-budak yang masih mentah lagi.

Aku tanya anak aku, "Kakak tahu tak kenapa dia panggil kakak macam tu?". Jawab aku terus, "Sebenarnya mereka panggil macam tu sebab nama kakak macam Rozita Che Wan dan cantik macam dia. Kakak kenal tak Rozita Che Wan tu?", tanya aku. "Kenal..kenal", jawab anak aku. Tu la.. akhirnya anak aku suka hati pulak. Daripada nak marah-marah, jadi suka hati pulak.

Nama anak : Che Wan Sofiya

No comments:

Post a Comment