Tuesday, February 18, 2014

Kisah raja yang bijak..

Alkisah dalam sebuah negeri terdapat seorang raja yang sudah tua.. Oleh kerana usianya yang sudah lanjut dan tiada zuriat, baginda mencanangkan ke seluruh pelusuk negeri tawaran untuk menggantinnya. Namun ada syarat-syaratnya:

1- Tempoh untuk menjadi raja hanya 5 tahun sahaja
2- Selepas 5 tahun, raja tersebut akan ditukarkan dengan raja lain pula
3- Selepas tempoh tersebut juga, raja tersebut akan dibuang negeri iaitu di sebuah pulau yang berhutan tebal dan  tiada berpenghuni. Yang ada hanyalah binatang buas sahaja.

Mendengar syarat-syarat tersebut, hanya 3 orang sahaja yang sanggup untuk menerima tawaran tersebut. Apa jadi pada calon raja yang pertama? Mari kita ikuti kisahnya..

Wednesday, February 5, 2014

Mimpi ngeri seorang isteri..

"Bang, Sayang nak bagi tahu. Baru-baru ni sayang mimpi ngeri", itulah ungkapan seorang isteri sebaik sahaja sang suami meletakkan kepala ke bantal untuk tidur. Dengan tenang tapi agak suspen, sang suami cuba bertanya, "Apa mimpi negerinya?". Lantas si isteri pun bercerita..

"Saya mimpi abang kahwin lagi", kata si isteri. "Laaa, ingatkan apa tadi.. Baguslah kalau macam tu", jawab si suami.

Tentunya mimpi itu bagus bagi suami jika menjadi kenyataan tetapi menjadi igauan ngeri bagi seorang isteri kerana takut-takut menjadi kenyataan suatu masa nanti.

Monday, February 3, 2014

Sihat dan Sakit..

"Banyakan bersabar dan moga cepat sembuh.. ". Itulah unggapan yang sering kita lafazkan bila menziarahi orang sakit.

Sihat dan Sakit.. semuanya daripada Allah swt.


Sabtu lepas, kami berpeluang menziarahi sepupu yang sakit di kampung.

Beliau lumpuh hampir separuh badan, di sebelah kiri. Padaku, beliau masih muda, baru berusia 44 tahun. Mempunyai 4 orang anak kesemuanya. Anak sulongnya perempuan, baru berusia 13 tahun.  Isterinya seorang guru.

Minta maaf

 "Pakcik nak mintak maaf banyak-banyak". Kata seorang Pakcik sambil memeluk aku. Jawab aku sambil terpinga-pinga,  "Tak de masalah.. sama la kita" .

Peristiwa ini berlaku selepas solat Subuh Isnin, 20 Januari 2014 yang lepas. Sebaik sahaja selepas aku memberi sedikit tazkirah tentang kasih dan sayangnya Muaz kepada Rasulullah saw. Bermacam-macam yang aku fikirkan. Mungkin Pakcik ni ada mengumpat kat aku kot, atau cakap belakang-belakang. Aaahhh.. Semua itu tidak penting bagiku. Apa yang penting, aku perlu husnul zon dengan Pakcik ini.


Setiap manusia ada buat kesilapan, dan sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa bertaubat memohon ampun pada Allah swt. Dan jika ada kesalahan kita pada orang, sayugialah kita memohon maaf pada orang yang telah kita lakukan kesalahan tersebut.

Ya Allah, lembutkanlah hatiku untuk memohon maaf pada orang yang aku lakukan kesilapan dan selalulah lidahku dibasahi dengan zikir dan istighfar padaMu, seiring dengan kekusyukan hatiku. Lapangkanlah kehidupan dunia yang sempit bagiku agar mudah untuk perjalanan kehidupan akhiratku.

Ameen. Ya Allah.


HambaMu yang taat

Manusia harus sedar dari mana dia datang.. dan ke mana dia kan kembali.
Perjalanan hidup di dunia begitu singkat cuma.
Jangan kita ditipu oleh nafsu dan syaitan walaupun dimana kita berada.