Alkisah dalam sebuah negeri terdapat seorang raja yang sudah tua.. Oleh kerana usianya yang sudah lanjut dan tiada zuriat, baginda mencanangkan ke seluruh pelusuk negeri tawaran untuk menggantinnya. Namun ada syarat-syaratnya:
1- Tempoh untuk menjadi raja hanya 5 tahun sahaja
2- Selepas 5 tahun, raja tersebut akan ditukarkan dengan raja lain pula
3- Selepas tempoh tersebut juga, raja tersebut akan dibuang negeri iaitu di sebuah pulau yang berhutan tebal dan tiada berpenghuni. Yang ada hanyalah binatang buas sahaja.
Mendengar syarat-syarat tersebut, hanya 3 orang sahaja yang sanggup untuk menerima tawaran tersebut. Apa jadi pada calon raja yang pertama? Mari kita ikuti kisahnya..
Calon Raja Pertama
Raja pertama adalah seorang yang jahat dan mempunyai nafsu serakah. Dia merampas harta rakyat jelata. Tidak cukup dengna itu, dia juga memuaskan nafsu dengan memiliki ramai isteri. Pantang ada anak dara yang cantik akan dijadikan isterinya atau gundiknya. Lebih dahsyat lagi apabila isteri orang juga turut menjadi mangsa melepaskan nafsu serakah Sang Raja tersebut. Raja ini hidup berpoya-poya, minum arak dan selalu berhibur dengan membazir harta rakyat. Semua rakyat jelata benci padanya. Selepas 5 tahun berlalu, maka raja ini dibuang ke sebuah pulau yang mana diliputi huan tebal dan banyak binatang buas. Akhirnya, tamatlah riwayat raja tersebut.
Calon Raja Kedua
Raja kedua adalah seorang yang baik hati. Dia sentiasa membantu rakyatnya yang susah. Tidak terkecuali, baginda juga membantu janda-janda dan anak-anak yatim.Tetapi apabila tamat tempoh 5 tahun, dia pun dicampakkan ke pulau yang sama sebagaimana raja yang pertama tadi. Nasib raja kedua pun sama seperti raja pertama tadi.
Calon Raja yang ketiga
Raja ketiga memiliki sifat sama seperti raja kedua tadi iaitu seorang yang baik hati dan suka menolong orang yang susah. Raja ketiga ini agak cerdik kerana dia memikirkan apa strategi dia dalam tempoh 5 tahun yang diberikan. Oleh itu dia membuat keputusan dalam tahun pertama untuk menghantar satu pasukan penebang-penebang pokok ke pulau yang tiada penghuni tersebut untuk membersihkan pulau tersebut. Binatang-binatang buas dikumpulkan dan dibina seperti zoo untuk melindungi mereka daripada pupus. Dengan demikian, semua manusia akan selamat daripada binatang buas tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menghantar jurutera, arkitek dan buruh-buruh untuk membangunkan pulau tersebut dengan jalan raya, bangunan-bangunan dan sebagainya. Dia juga membina istana beliau di sana.
Selepas tamat tempoh perkhidmatan beliau daripada menjadi raja lalu beliau dicampakkan ke pulau tersebut. Apa jadi dengan beliau? Beliau dapat hidup dengan senang lenang di pulau tersebut.
Inilah perumpamaan kehidupan dunia dan akhirat. Allah ciptakan tumbuhan-tumbuhan, haiwan-haiwan untuk berkhidmat kepada manusia. Semua makhluk yang Allah jadiakan di dunia ini adalah untuk kemudahan hidup manusia. Manusia umpama raja di dunia ini. Namun Allah ciptakan manusia untuk kehidupan akhirat. Kehidupan akhirat seperti pulau tersebut. Jika kita tidak menggunakan sebaik-baik peluang untuk hidup di dunia ini maka kita akan menjadi seperti raja yang pertama dan kedua tadi. Tetapi orang yang bijak, dia akan fikir tentang kehidupan dia selepas ini. Iaitu kehidupan akhiratnya. Apa akan jadi dengan kehidupan akhiratnya?
Satu tasbih yang diucapkan iaitu subhanallah akan ditumbuhkan untuknya sebatang pokok di Syurga yang mana kuda yang paling pantas mengambil masa 500 tahun untuk mengelilingi bayangnya. Jadi kat dunialah kita ucapkan subhanallah banyak-banyak. Perbanyakan lagi amalan soleh untuk dihantar ke alam sana. Daripada sinilah kita perlu bekerja keras sebelum tempoh masing-masing sebagai raja di dunia ini tamat. Jangan kita leka berseronok di dunia ini tanpa menghiraukan nasib kita selepas ini. Iaitu kehidupan ke akhirat kita.

No comments:
Post a Comment