Friday, April 20, 2012

Kasih sayang Allah pada hambaNya



Pagi tadi saya ada membaca satu hadith sohih riwayat imam Bukhari, yang mafhumnya lebih kurang..

Allah swt memerintahkan malaikat agar mencatat 1 pahala apabila hambaNya mempunyai niat untuk membuat kebaikan, sebaliknya jika hamba tersebut betul-betul melaksanakannya, Allah swt gandakan 10 kali ganda hingga  700 kali ganda atau berganda-ganda lagi sehingga tidak terhitung banyaknya.

Manakala jika hamba tersebut mempunyai niat untuk membuat kejahatan tidak diganjarkan dengan dosa bahkan jika hamba tersebut tidak melakukan niat jahatnya itu, maka mendapat satu pahala pula kerana berjaya menghindarkan perbuatan jahat tersebut. Jika betul-betul hamba tersebut laksanakan kejahatan, maka dia mendapat satu dosa.

SubhanAllah..

Tuesday, April 17, 2012

BERSYUKURKAH KITA KETIKA SUSAH?


Berada dalam keadaan bahagia dan diuji dengan kesenangan mudah untuk kita syukuri. Seorang kawan saya bersyukur kerana baru sahaja dinaikkan pangkat. Dia menghantar sms untuk melahirkan kesyukurannya..

“Alhamdulillah.. Aku baru sahaja dinaikkan pangkat, gaji pun naik..”
Jawab aku, “Tahniah! moga mendapat keberkatan”

Jika kita diuji dengan kesususahan, bersyukurkah kita?

Sebenarnya, susah dan senang semuanya UJIAN daripada Allah.
Ada orang kaya yang bersyukur, Allah tambah lagi nikmatNya. Sebaliknya, orang miskin yang kufur semakin melarat dan bertambah miskin kerana tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah swt. Bila kita di dalam kesusahan, jarang kita berfikir tentang nikmat Allah yang lain dan lagi besar yang kita miliki. Kita menjadi bertambah kritikal kerana memikirkan atau terlalu memfokuskan kepada nikmat Allah yang hilang sedangkan banyak lagi nikmat Allah yang sedang kita kecapi.

Sebagai contoh, orang yang kehilangan kakinya kerana kemalangan sepatutnya bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat kesihatan agar dapat bertaubat pada Allah. Kemalangan yang menimpanya dijadikan peringatan dalam hidupnya untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Apabila dia terlalu memfokuskan kepada kakinya yang tiada, dirinya menjadi lebih menderita. Apabila dia berfikir tentang nikmat ‘hidup’ yang dimilikinya, tentunya dia akan lebih bersyukur. Ada orang yang kemalangan, terus mati dan tidak sempat bertaubat.

Jadilah kita hamba yang bersyukur!

Bersyukurlah kita pada Allah dengan erti kata yang sebenarnya!

Friday, March 9, 2012

Ilmu Allah vs Ilmu Manusia

Salam..

Maaf kerana saya kurang berpengetahuan dalam falsafah keilmuan ini.. 

Apa yang saya tahu ilmu Allah itu maha luas jika nak dibandingkan dengan ilmu manusia daripada zaman Nabi adam a.s hingga bayi yang lahir sebelum kiamat, umpama setitis air di hujung jari dibandingkan dengan lautan yang luas. Lautan yang luas itulah perumpamaannya ilmu Allah taala.

Bagi saya personally, selagi ilmu yang kita pelajari dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, itulah ilmu yang bermanfaat dan sukai oleh Allah. Cuba kita tengok berapa ramai orang yang berilmu tetapi tidak mengenal Allah, tidak taat perintah Allah? Walaupun ilmunya itu  dalam bidang islamic studies! Jelas ilmunya tidak memberi manfaat kepadanya sebaliknya mengundang kecelakaan Allah..

Ilmu sahaja tidak cukup tanpa amal, amal sahaja tidak cukup tanpa iman. Orang bukan islam pun ada ilmu dan sebahagian amalannya jauh lebih baik daripada kita, tapi bila tiada iman, semuanya tiada nilai disisi Allah swt. orang kafir buatlah baik banyak mana sekalipun, ilmu tinggi mana sekalipun tapi semuanya zero. Saya difahamkan ramai sarjana barat yang mengajar ilmu islam di universiti2 tanpa beriman kepada Allah.  

Namun begitu, ilmu islam fundamental perlu ada pada diri kita sebagai seorang islam untuk kita beramal dan mengenal Allah."seorang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada 1000 orang abid". 

Begitu juga ilmu yang menuntut kita menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi,ilmu untuk menguruskan alam ini.

Semua ilmu itu adalah milik Allah semata-mata.

Thursday, February 23, 2012

Perginya Seorang Hamba Allah

Semalam (22 Feb 2012) saya sempat menyertai satu program yang amat baik untuk pengisian rohani anjuran masjid Al-Azhar KUIS iaitu pengajian secara talaqqi kitab matan jauharatul tauhid di Masjid Al-Azhar, KUIS

Sebelum  Zohor, saya dikejutkan dengan kematian makcik isteri saya (Mak Lang) di Hospital Kuala Pilah. setelah hampir 3 minggu terlantar di ICU hospital tersebut, akhirnya beliau dijemput pulang ke rahmatullah dengan meninggalkan suami dan anak-anak pada usianya sekitar hujung 50an.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman. Amin.

Thursday, February 2, 2012

Bengkel Penulisan UKM

Alhamdulillah..

Sekarang sedang mengikuti bengkel penulisan di FTSM, UKM.

Sesi pagi tadi oleh PM Dr Liong Choong Yuen daripada FST, UKM berkenaan Dos and Don'ts dalam penulisan ilmiah.

Memang sangat menarik!