Wednesday, March 5, 2014

Kehidupan di dunia yang sementara

"Mana kita nak percaya, Penjual madu atau Allah swt?"

Itulah antara soalah yang diajukan oleh seorang penceramah kepada audiens. Tentunya Allah swt!, jawab aku di dalam hati.



Kisahnya..
Penjual madu menjunjung di kepalanya madu yang asli (original dan pure kata orang pantai timur) manakala yang tiruan dipegangnya. Apabila ada orang nak beli madu di tangannya , dia akan katakan bahawa yang di tangannya adalah yang palsu, kerana diletakkan gula dan pewarna tiruan manakala yang di junjung di atas kepalanya adalah yang original. Percayakah kita kepada cakap penjual madu tersebut?

Allah bagi tahu yang kehidupan dunia hanyalah main-main dan senda gurau sahaja Sedangkan kehidupan akhirat lebih baik dan kekal. Aku yang tulis artikel ini kerana aku sendiri masih belum faham. Hanya mampu tulis sahaja. Mudah-mudahan Allah bagi aku dan sesiapa yang membacanya kekuatan untuk faham bahawa dunia ini sifatnya tidak kekal dan tidak perlu dikejar. Amin. Ya Rabb.

Mati..

Bersediakah kita untuk mati..
Marilah kita belajar-belajar untuk mati. Dalam hati aku, “biar betul bang, ada ke cara nak belajar untuk mati?”

Senang aje kita cuba putuskan hubungan kita dengan dunia sekejap.. bukannya bermaksud kita belajar mati dengan masuk dalam kubur. Kita keluar dakwah di jalan Allah selama 3hari, atau 40 hari atau 4 bulan di jalan Allah. Bagaimana kita dapat belajar tawakal pada Allah swt sahaja. Kita tinggalkan keluarga kita. Mereka akan belajar bagaimana hidup tanpa kita sebelum kita pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Pergi tak kembali, kata Asri Rabbani.

No comments:

Post a Comment