Wednesday, March 5, 2014

Kehilangan Tempat Bergantung...

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan kematian seorang suami kepada salah seorang staf di tempat aku bekerja. Apa yang sungguh menyentuh hati aku apabila si isteri tidak tahu suaminya sudah meninggal. Puas dihubungi melalui hand phone mahu pun mesej namun tidak berjawab.


Selepas 2 minggu..



Usaha seorang isteri tidak berhenti di situ. Lalu dia berusaha untuk mengesan status suaminya melalui rakannya yang bekerja di JPN. Siasat punya siasat, rupa-rupanya suaminya telah didaftar sebagai telah meninggal dunia. Dia meninggalkan tiga orang anak hasil perkahwinan dengan isteri tersebut.

Semua ini berlaku kerana isteri tersebut adalah isteri kedua. Senang cakap, si suami berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama. Pada pandangan aku, tak salah nak berahsia daripada isteri pertama untuk peringkat awal perkahwinan. Namun bila sudah memiliki anak, sangat perlu untuk sang suami berterus terang.. bila jadi macam ni, aku rasa sungguh kesian kepada isteri kedua tersebut. Lebih malang lagi apabila anak-anak mereka yang kehilangan tempat bergantung. Masalah yang lebih rumit lagi mungkin tidak nampak sekarang. Namun kemudian hari mungkin berlaku masalah bila adik beradik yang satu ayah ini tidak tahu yang mereka adik beradik apabila ingin berkahwin nanti. Dari segi harta pusaka pun menjadi lebih rumit jika  keluarga isteri pertama tidak faham tentang hak yang sama juga untuk keluarga isteri kedua. Waris si mati juga meninggalkan anak daripada hasil perkahwinan dengan isteri kedua.

Saat sukar dan menyedihkan dalam kehidupan keluarga ini mungkin tidak lama kerana suaminya jarang berada dan pulang ke rumah, jadi kehilangannya mungkin kurang terasa. Banyak masa diperuntukkan untuk rumah isteri pertama. Inilah pengorbanan menjadi isteri kedua. Aku doakan semoga isteri dan anak-anak Allahyarham tabah dalam menghadapi ujian hidup di dunia yang sementara ini

Cerita ini aku kongsikan di sini untuk diambil pengajaran terutamanya orang yang berpoligami..


No comments:

Post a Comment