Azmi bukan nama sebenar. Seorang pelajar yang
mengikuti kelas aku. Datang jumpa aku untuk meminta pandangan berkenaan cinta. Masalah
dengan ibu ‘buah hati’nya. Ibu buah hatinya tidak berkenan padanya kerana dia
bukan daripada pelajar beraliran agama. Di universiti, dia belajar IT bukannya
jurusan pengajian Islam.
Dia menceritakan masalahnya padaku. Aku dengar.
Menurutnya, ibunya memang berkenan dengan perempuan tersebut. Perempuan
tersebut pernah dibawa ke rumah berjumpa ibunya. Aku dengar lagi. Dalam hati kecil
aku nak tanya je, macamana boleh bawa sampai ke rumah, naik bas ke, naik kereta
ke, berdua ke?
Dia bercerita lagi. Sebagai seorang guru, aku
mengangguk dan kadang-kadang berkata ya.. sebagai menandakan aku faham
ceritanya dan juga agar dia menyambung ceritanya.
Itulah ragam pelajar universiti. Baru semester 1
di universiti sudah fikir pasal cinta. Daripada cerita beliau, seolah-olah
masalah cinta adalah masalah yang besar sekarang ini. Macam masalah yang
melanda dunia!
Selepas dia selesai menceritakan masalahnya, aku
dapat buat beberapa kesimpulan:
- 1- Dia baru kenal dunia cinta
- 2- Dia takut bakal ibu mertuanya tidak berkenan dengannya
- 3- Dia takut untuk berdepan dengan ibu buah hatinya
- 4- Dia takut buah hatinya dikebas orang, kerana menurutnya buah hatinya begitu cantik
- 5- Buah hatinya selalu diganggu oleh lelaki lain semasa di dalam kelas
Sebaik sahaja dia selesai menceritakan
masalahnya, perkara pertama yang aku tanya adalah sama ada dia nak kahwin
sekarang (dalam masa terdekat) atau sebaliknya. Jawabnya, “Bukan sekarang tapi
selepas habis belajar nanti”. Aku terus menasihatnya supaya jangan terlalu
risau dan bimbang dengan masalah cinta yang begitu kecil ini. Cinta sesama
makhluk. Sepatutnya cinta Allah dan Rasul yang patut kita buru terlebih dahulu.
Apabila kita dapat cinta Allah dan Rasul, maka mudah untuk kita mendapat cinta
makhlukNya. Andai gagal mencintai Allah dan Rasul, maka cinta sesama makhluk
ini tidak berguna. Cinta ini akan merosakkan kita!
Jika tahun satu di universiti kita asyik fikir
soal cinta, tahun dua dan tahun yang mendatang, memang ia akan mengganggu
pelajaran kita. Ia juga memberi impak yang besar kepada iman kita. Aku katakan
padanya bahawa 3 perkara yang sememang telah ditetapkan oleh Allah swt sejak
azali lagi adalah :
- 1- Ajal maut
- 2- Rezeki
- 3- Jodoh
Oleh kerana semua ini telah ditetapkan oleh
Allah swt, kita tidak perlu risau tentang perkara ini. Ini tidak bermakna kita
tunggu sahaja kesemua ini datang kepada kita. Apa yang aku ingin highlight
di sini ialah agar tidak terlalu fokus untuk mendapatkan cinta manusia sehingga
kita lupa untuk mendapatkan cinta kepada yang empunya cinta tersebut, zat yang
maha hebat iaitu Allah swt.
Kalau kita memang seorang yang baik akhlaknya,
tinggi budi pekertinya, kita tidak perlu risau berkenaan jodoh kita! InsyaAllah,
kita akan mendapatkan jodoh yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan
yang baik, kan? Oleh itu jadilah kita lelaki yang baik! Hari ini kaum lelaki
yang bujang sibuk ingin mencari wanita baik seperti Saidatina Fatimah AzZahrah
RA tetapi tidak pastikan dirinya menjadi seperti Saidina Ali RA terlebih
dahulu. Dengan erti kata lain, kita patut cermin diri kita terlebih dahulu.
Yang ditakuti
Apa yang aku khuatir ialah pergaulan pasangan
ini sepanjang mereka berada berdekatan iaitu dalam satu kampus walaupun fakulti
yang berlainan. Kata P Ramle, dunia ana yang punya. Daripada mula-mula keluar
bersama, aku takut mereka akan pergi lebih jauh lagi. Lebih jauh daripada itu.
Aku bertegas dengan beliau menyatakan bahawa jangan sekali-kali keluar
berdua-duaan kerana itu mengundang fitnah. Lebih bahaya daripada itu, ada satu
makhluk asing yang akan cuba menggoda kita untuk melakukan perkara-perkara yang
terkutuk. Hari ini kita mungkin boleh menyatakan tidak! tetapi esok belum tentu
lagi.
Larangan mendekati zina
Islam cukup teliti dalam perkara ini. Islam
melarang kita menghampiri zina. Firman Allah swt yang berbunyi :
Maksudnya :
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah Al-Isra’, ayat 32)
Kalau menghampirinya pun
dilarang masakan boleh berlaku zina kerana perbuatan zina itu memerlukan
sentuhan dan pelukan erat. Berlaku zina dan ramai anak di luar nikah kerana
larangan hampir zina itu diabaikan.
Semoga Allah swt menjauhkan kita, anak, cucu serta keturunan kita daripada amalan zina yang keji dan hina. Amin.
No comments:
Post a Comment