Thursday, January 17, 2013

Pengalaman mengerjakan Haji 2012M, 1433H

Terpilih untuk menjadi tetamu Allah (Duyufur Rahman) adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang Islam. Alhamdulillah, aku adalah antara yang terpilih untuk menjadi tetamunya pada musim haji tahun 1433H. Syukur.. Dalam usia 35 tahun, aku telah dipilih olehNya untuk melaksanakan salah satu rukun Islam yang mana tidak semua orang dipilih olehNya. Aku sendiri hampir tidak percaya kerana jika diikutkan giliran aku dan isteri adalah pada tahun 2018 Masihi.

KT62 - Mununggu di boarding untuk berlepas ke Jeddah

Wednesday, January 16, 2013

Haji dan Kelebihannya

Pada 5 Januari 2013 yang lepas saya berkesempatan menghadiri perjumpaan bekas-bekas Jemaah Haji 2012 di Masjid Jamek Pekan Kajang, Selangor

Antara pesanan/saranan Tabung Haji adalah,
  • perlu buka akaun tabung haji untuk anak mulai sekarang
  • jika daftar haji sekarang, dapat perginya pada tahun 2056 (InsyaAllah)
  • kursus haji pada tahun ini mula 26/2/2013, (boleh hadir walaupun 5 tahun lagi nak pergi)
  • hadir ke kursus sebenarnya bukan untuk pergi pada tahun yang sama tetapi sebagai ilmu yang perlu dipelajari
Masjidil Haram di musim haji 1433H

Wednesday, January 9, 2013

Cerita tentang seorang anak muda..


Namanya A'sim. Aku tanya apa maksud A'sim? Dia pun tak tahu. Tapi katanya, dalam Al-Quran ada menyebut perkataan itu untuk refer kepada seorang sahabat Nabi SAW(kalau x silap). Dia seorang lelaki muda berusia baru 21 tahun. Aku kenal dengannya kerana dia menjadi imam surau Hotel Land Premium sepanjang aku di tanah suci Makkah pada 4 Okt hingga 9 Nov 2012. Bacaan Qurannya sangat mengkagumkan. Dia menjadi imam di situ setiap kali musim haji dan Ramadhan untuk bertarawih. Di kesempatan menunggu bas untuk berangkat ke madinah pada tanggal 9 Nov, aku sempat berborak-borak dengannya. Aku ingatkan dia orang Arab Saudi, rupa2 nya dia mualad, iaitu lahir di Makkah tetapi bukan daripada keturunan Arab. Mak bapaknya berasal daripada Burma@Myanmar, berbangsa Rohingya. Ramai yang jadi pelarian lantaran mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara di bumi sendiri. Dia tinggal di Makkah sepanjang usianya iaitu 21 tahun. Dia tidak pernah ke Malaysia tetapi dia pernah ke Singapura, Thailand semata-mata kerana bola sepak. Menurutnya, dia salah seorang pemain bola sepak.
Hotel Land Premium di Jalan Misfalah, Makkah

Tuesday, January 8, 2013

Kahwin dan cerai..

"Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Itulah ungkapan yang selalu kita dengar apabila sebuah perkahwinan yang menemui kegagalan. Dengan erti kata lain, penceraian yang tidak diduga apatah lagi dipinta tetapi itulah takdirNya. Rezeki, jodoh dan ajal maut semua dalam ketentuanNya.

Begitulah yang dialami oleh seorang bekas jiran saya dahulu. Kebetulan saya bertemu akak tersebut di dalam satu majlis perkahwinan anak bos yang diadakan di KUIS pada 5 Januari 2013 yang lepas. Setelah hampir 10 tahun tidak bertemu, bila terjumpa dalam majlis perkahwinan tersebut, berita sedih tentang penceraian beliau dengan suaminya pula yang menusuk ke telinga. Daripada seorang suri rumah sepenuh masa, beliau terpaksa mencari pekerjaan kerana telah bercerai dengan suaminya, gara-gara ditinggalkan oleh suaminya yang berkahwin dengan perempuan Indonesia.

Usia perkahiwinan akak tersebut telah menjangkau 26 tahun tetapi tidak dikurniakan zuriat. Namun usaha untuk mendapatkan anak pernah dilakukan oleh mereka tapi Allah yang berkuasa mempunyai hikmahNya yang mungkin tidak diketahui oleh manusia kerdil ini. Walaupun begitu, keluarga ini mengambil seorang anak angkat lelaki, kalau tidak silap saya.

Usia perkahiwinan yang panjang, bukannya suatu jaminan bahawa mereka akan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga ke akhir hayat. Berapa ramai warga emas yang bercerai ketika usia senja? Saya bisik di telinga isteri saya, usia perkahwinan kita masih muda iaitu genap 10 tahun pada 14 Disember 2012 yang lalu bukan satu jaminan yang kita akan hidup bersama selamanya. Sebab itu saya selalu mendoakan agar sentiasa dikurniakan isteri dan zuriat yang soleh/ah sebagai penyejuk mata dan berkekalan sehingga ke syurga Allah swt.

Selalu saya doakan pada pasangan pengatin baru agar jodohnya berpanjangan sehingga ke syurga Allah swt. Bila dah jadi ahli syurga, tentunya bahagia dunianya dan juga akhiratnya. Ameen. Begitulah juga hendaknya pada rumahtangga saya. Bahagia dan berkekalan hingga ke Syurga. Ameen.

Friday, January 4, 2013

Asyik cerita akhirat je, tak mahu dunia ke?

Pada 29 Julai 2012 yang lepas, saya berkesempatan menziarah seorang Pakcik di sebuah taman perumahan yang berhampiran kediaman saya. Saya hanya manjadi "pemandu pelancong" kerana membawa 2 orang ahli jemaah Tabligh yang ingin menziarahi abang ipar kepada kakaknya yang tinggal di situ. Kebetulan mereka keluar 10 hari jemaah masturat berdekatan dengan kediaman saya.

Kami sampai di rumah tersebut pada jam 9.30 pagi. Kebelulan isterinya berada di luar rumah semasa ketibaan kami. Selepas memberi salam, kami dipelawa masuk. Saya memang kenal sangat Pakcik ini kerana selalu berjumpa beliau. Saya kurang bercakap mengenai agama dengan beliau memandangkan beliau kurang berminat untuk mendengar cerita-cerita mengenai akhirat. Pernah suatu masa dahulu semasa saya menziarahinya, apabila saya menceritakan pentingnya usaha ke atas kehidupan akhirat, beliau terus marah dan menyatakan bahawa orang tabligh ni selalu cakap pasal akhirat je.. kita kena cari dunia juga. Kita perlu bercakap tentang bisnes, macamana nak maju dan..bla.bla.. Kita kena fikir apa yang perlu ditinggalkan untuk anak-anak kita dan macam lagi. Menurutnya lagi, sepatutnya orang tabligh buat ziarah dari rumah ke rumah ceritalah mengenai ekonomi, bagaimana nak bantu kehidupan orang Melayu, apa nak jadi dengan negara kita dan macam2 lagi. Sejak daripada peristiwa itu, apabila saya berjumpa pakcik tersebut, saya tidak akan membicarakan berkenaan agama ataupun tentang kehidupan akhirat, dan juga kehidupan selepas mati. Saya hanya bertanya khabar dan sembang-sembang berkenaan dunia sahaja. Contohnya berkenaan pekerjaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Semuanya saya lakukan dengan niat ikram muslimin. Mudah-mudahan suatu masa nanti hatinya terbuka untuk mendengar cerita-cerita berkaitan akhirat dan juga berkenaan kehidupan selepas mati.

Apa yang menarik perhatian saya semasa kami menziarahinya baru-baru ini, saya hanya diam. Sebaliknya, kawan saya merangkap adik kepada adik ipanya yang bercakap. Bila dia kata, "penting kita ajak orang ke masjid" lantas pakcik tersebut terus memotong cakap kawan saya. Katanya, kita perlu fikir dan sangka baik bahawa semua orang solat walaupun mereka tidak datang ke surau atau masjid untuk berjemaah. Kesian.. Bukannya kita kata mereka tak solat tapi kita nak ajak mereka datang ke masjid untuk solat berjemaah. Pakcik tersebut bertambah hot lagi apabila brother tersebut cuba explain apa maksudnya mengajak pergi ke masjid.

Aku hanya diam sambil berzikir di dalam hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya, semuanya baik2 sahaja sebelum kami meminta izin untuk beredar. Mereka saling bersalam-salaman di antara satu sama lain. Doakan hidayat untuk pakcik tersebut dan jangan lupa untuk kita dan juga ahli keluarga kita serta seluruh umat nabi SAW. Ameen.