Wednesday, January 9, 2013

Cerita tentang seorang anak muda..


Namanya A'sim. Aku tanya apa maksud A'sim? Dia pun tak tahu. Tapi katanya, dalam Al-Quran ada menyebut perkataan itu untuk refer kepada seorang sahabat Nabi SAW(kalau x silap). Dia seorang lelaki muda berusia baru 21 tahun. Aku kenal dengannya kerana dia menjadi imam surau Hotel Land Premium sepanjang aku di tanah suci Makkah pada 4 Okt hingga 9 Nov 2012. Bacaan Qurannya sangat mengkagumkan. Dia menjadi imam di situ setiap kali musim haji dan Ramadhan untuk bertarawih. Di kesempatan menunggu bas untuk berangkat ke madinah pada tanggal 9 Nov, aku sempat berborak-borak dengannya. Aku ingatkan dia orang Arab Saudi, rupa2 nya dia mualad, iaitu lahir di Makkah tetapi bukan daripada keturunan Arab. Mak bapaknya berasal daripada Burma@Myanmar, berbangsa Rohingya. Ramai yang jadi pelarian lantaran mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara di bumi sendiri. Dia tinggal di Makkah sepanjang usianya iaitu 21 tahun. Dia tidak pernah ke Malaysia tetapi dia pernah ke Singapura, Thailand semata-mata kerana bola sepak. Menurutnya, dia salah seorang pemain bola sepak.
Hotel Land Premium di Jalan Misfalah, Makkah




Apabila ditanya pasal kahwin.. dia kata belum berkahwin. Aku tanya lagi, bila nak kahwin? Dia kata tak nak kahwin. Alasannya, dia ahli sukan bola sepak. Aku bertegas menyatakan bahawa kahwin itu sebahagian daripada sunnah Nabi SAW. Dia tersenyum panjang.

Apa yg menarik tentang A'sim ialah dia dibesarkan di Makkah dan belajar dengan imam Masjid Haram iaitu imam Sudais, yang juga mualad, berasal daripada Pakistan. Apa yang hebat tentang A'sim ialah dia dapat menghafaz satu Al-Quran ketika baru berusia 13 tahun. Sungguh menakjubkan. Bagaimana anak2 kita ketika usia sebegini. Tentunya masih sibuk bermain lagi. Anak-anak kita mungkin sedang berseronok-seronok. Jauh bezanya. Jauh panggang dari api. Macam langit dengan bumi. Sedangkan anak2 sebegini yang akan menjadi syafaat pada kita suatu masa nanti. Pembantu kita di alam sana, sebagai syafaat daripada anak yang hafiz Quran. Barulah sejuk perut ibu mengandung.
Kita pula sungguh berbeza. Bila anak berjaya / tidak terkeluar atau tersingkir dalam program akademi fantasia, kita rasa bangga sebab semua orang kampung kenal anak kita kerana menyertai program tersebut. Bila terkeluar  atau tersingkir awal, maka menangis kedua ibubapa, datuk dan nenek serta penyokong-penyokongnya. Sungguh terbalik kita pada hari ini. Bila anak tidak solat, kita tak ambil kisah, nak menangis jauh sekali. Malang sungguh nasib kita pada hari ini apabila menangi tidak kena pada tempatnya.

Masyarakat kita pada hari ini juga tidak segan dan malu bila buat maksiat. Sepatutnya kita malu mana nak letak muka ni apabila anak kita sertai program lagha (akademi fantasia) tersebut, meninggalkan solat, berpakaian tidak sopan atau dengan erti kata lain tidak menutup aurat. Amat malang lagi, apabila ibu bapa sendiri yang melakukan maksiat tersebut. Moga kita semua dapat perlindungan daripada Allah swt.

2 comments:

  1. assalammulaikum...saya juga berkesempatan menjadi salah seorang makmum dari saudara Asim ini. Mmg bacaannya sungguh menusuk kalbu sehingga ada kakak2 yg sebilik dengan aku siap mengatakan bahawa mereka jatuh cinta dengan imam tersebut..sehinggakan ada yg ke surau semata2 untuk mendengar suara imam tersebut sahaja. Masyaallah...semoga kita menjadi ikhlas dalam beribadah, segala ibadah kita semata2 kerana Allah...rindu menggamit lagi, rindu pada maktab 96, rindu pada hotel land premium dan teramat rindu lagi kepada Masjidil Haram, tempat ibadah yg tiada taranya..andai ada izinMu...restukan aku untuk kembali mengunjungimu....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..

    Moga kita semua dipilih untuk ke tanah suci lagi, inshaAllah. Ameen.

    ReplyDelete