Pada 5 Januari 2013 yang lepas saya berkesempatan menghadiri perjumpaan
bekas-bekas Jemaah Haji 2012 di Masjid Jamek Pekan Kajang, Selangor
Antara pesanan/saranan Tabung Haji adalah,
- perlu buka akaun tabung haji
untuk anak mulai sekarang
- jika daftar haji sekarang,
dapat perginya pada tahun 2056 (InsyaAllah)
- kursus haji pada tahun ini
mula 26/2/2013, (boleh hadir walaupun 5 tahun lagi nak pergi)
- hadir ke kursus sebenarnya
bukan untuk pergi pada tahun yang sama tetapi sebagai ilmu yang perlu
dipelajari
Kelebihan utama pergi haji, bila balik sahaja orang panggil haji dipangkal nama. Contohnya, Haji Ayob. Sebelum pergi haji, orang panggil Ayob je.
Apa kelebihannya? Sebenarnya, bila orang panggil haji, secara tidak langsung
akan terhindar daripada melakukan maksiat. Seorang yang bergelar haji,
sepatutnyalah merasa malu dan segan nak buat maksiat sebab memakai gelaran
tersebut. Itulah istimewanya antara istimewanya ibadah haji. Ibadah solat,
orang tak panggil solat Ayob, ibadah zakat pula orang tak panggil zakat Ayob
dan begitu juga dengan ibadah puasa. Orang tak kan panggil puasa Ayob. Tapi
bila selesai melaksanakan ibadah Haji, orang akan panggil Haji Ayob. Maknanya,
Haji Ayob telah menunaikan ibadah Haji. Subahanallah!
Pergi Haji juga adalah sesuatu yang pelik. Semasa nak berangkat
menangis, di tanah suci pun menangis dan nak balik semula ke tanah air pun
menangis. Begitu tersentuh sekali emosi dalam melaksanakan ibadah ini.
Jika di Makkah kita dapat sembahayang di awal waktu dan berjemaah di
Masjidil Haram serta dapat datang di awal waktu, mengapa di Malaysia kita tidak
begitu? Jika di Makkah kita dapat khatam Al-Quran sebanyak 2
kali, mengapa di Malaysia kita tidak mampu berbuat demikian atau sekurang-kurang
sekali setahun? Rupa-rupanya kita umpama bateri. Jemaah Haji yang balik ke
tanah air umpama bateri yang baru dicas. Ada yang tahan lama dan ada yang
tidak. Bergantung kepada kualiti dan jenama bateri tersebut. Begitulah dengan
jemaah Haji, ada yang istiqamah dengan amal ibadah, berulang alik ke masjid dan
tidak kurang juga hanya bertahan seminggu sahaja, atau beberapa hari sahaja.
Apa result daripada ibadah haji? Jika solat, resultnya adalah
alfalah. Jika puasa resultnya bergembira di saat berbuka dan
bertemu Allah manakala ganjarannya akan dibalas sendiri oleh Allah. Oleh itu,
apa pula result dan ganjaran daripada ibadah Haji? Jawapannya
ialah haji yang mabrur dan balasan bagi haji yang mabrur adalah syurga. Haji
yang mabrur adalah balasan kemuncak baginya adalah syurga. Kenapa syurga?
Kerana apabila dapat syurga, bermakna dapat segala-galanya.
Apakah pula tandanya haji yang mabrur. Atau apa ciri-cirinya? Mafhum
hadith nabi SAW, tandanya ialah selalu sebarkan salam dan banyak menjamu orang
makan. Di tanah suci, terdapat jemaah haji yang datang daripada pelbagai
negara. Oleh yang demikian, kita digalakan berkenalan (taaruf) dengan jemaah
haji daripada negara lain yang mana mereka semuanya adalah saudara seagama. Apa
lagi kalimah yang paling mulia pertama kali diucapkan? Jawapannya, kalimah
salam atau ucapan Salam, Assalamualaikum! Iaitu kita mendoakan kesejahteraan
untuk orang yang kita jumpa. Mafhum hadis nabi SAW, orang yang memulakan salam
sebenarnya adalah lebih mulia daripada orang yang menjawab salam.
Bagaimana satu kisah dua orang adik beradik yang bergaduh. Bagaimana
seorang adik ingin berbaik semula dengan si abang. Si adik meminta abangnya
memulakan salam terlebih dahulu demi untuk memuliakan si abang. Kerana si adik
pernah mendengar hadis tersebut daripada nabi SAW. Si abang menangis kerana
mengenangkan adiknya yang mempunyai hati yang sangat mulia.
Orang yang memulakan salam sebenarnya memiliki hati yang bersih dan
melahirkan sifat mahmudah. Dengan memberi salam, kita dapat membuang hasad
dengki, perasaan tamak haloba dan secara langsung dapat membina sifat taqwa.
Justeru itu budaya memberi salam seharusnya diajar atau dilatih oleh
ibubapa kepada anak-anak merka sejak kecil lagi. jika mereka masuk rumah tanpa
memberi salam, seharusnya kita latih mereka untuk keluar semula dan memberi
salam kemudian barulah benarkan mereka masuk. Ingat! Kita sebagai ibubapa
seharusnya pula menjadi contoh atau model yang baik pada anak-anak. Jangan kita
yang ajar mereka memberi salam, tapi realitinya kita sendiri tidak
mengamalkannya, persis ketam yang mengajar anaknya berjalan betul, walaupun ada
orang yang mempersoalkan bahawa ketam tidak pernah mengajr anaknya berjalan
betul.
Oleh itu kita tidak perlu mengikut ketam kerana ianya tidak lebih
daripada sejenis binatang yang dicipta oleh Allah swt untuk manusia makan.
Semua makhluk yang dicipta oleh Allah di muka bumi ini adalah untuk kemudahan
manusia dan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah swt.
Budaya memberi salam juga dilihat tidak tepat diamalkan di
sekolah-sekolah. Bila cikgu masuk kelas, sepatutnya cikgu tersebut yang mulakan
salam berbanding murid. Murid-murid boleh bangun sebagai tanda menghormati
guru. Dan guru tersebut yang lebih mulia dan mendatangi kelas, sewajarnya
memulakan salam. Martabat guru tersebut akan menjadi lebih mulia di sisi Allah
swt.
Berkenaan memberi orang makan,menurut Syeikh Kadir Al Jailani (seorang
wali Allah) menyatakan bahawa aku tengok banyak amalan yang baik tetapi yang
paling baik adalah menjamu orang makan. Bila ada tetamu datang ke rumah, jangan
lepaskan peluang untuk menghidangkan mereka minum paling kurang. Bagaimana
kisah seorang sahabat yang menerima tetamu Rasulullah dalam keada mereka
sendiri tidak mempunyai makanan yang cukup. Mereka sanggup mengutamakan tetamu
mereka sehingga mereka sendiri tidak makan lalu kisah sahabat tersebut sampai
kepada Rasulullah SAW melalui Jibril AS.
Amalan memberi orang makan akan mendatangkan barakah dan kebahagiaan
dalam rumah tangga. sifat pemurah ini amat disukai oleh Allah swt yang mana
Allah sendiri mempunyai sifat Maha Pemurah. Dalam surah An Nisa', Allah memuji
orang yang memberi makan kepada fakir miskin dan anak yatim sehingga tujuh
petala langit. Kelebihannnya lagi, Allah akan mudahkan rezeki dan mudah
hidupnua di dunia dan akhirat.
Apa yang menarik, sifat pemurah tidak perlu kita mempunyai banyak duit.
Pemurah juga tidak sampai kita mengadakan jamuan yang besar sehingga
beribu-ribu orang tetamu. Semua orang boleh memberi orang makan mengikut
kemampuan masing-masing. Belanja kawan-kawan minum kat kedai makan juga adalah
sebahagian daripadanya.
Pulang ke tanah air selepas mengerjakan haji, kita disarankan untuk
konsisten dengan ibadah dan amalan agama sebagaimana di sana. Paling tidak,
jika dapat amalkan 10% daripada apa yang kita buat di sana sudah dikira cukup
baik daripada tiada langsung. Kalau dapat ditingkatkan daripada 10% menjadi 15%
dan seterusnya adalah SANGAT BAIK. Lebih CEMERLANG lagi jika dapat amalkan
separuh iaitu 50%. Lagi hebat apabila melepasi 50% walaupun berada di bumi
Malaysia dengan pelbagai komitmen kerja, keluarga, jiran tetangga dan
sebagainya.
Amalan berzikir juga tidak harus dilupakan kerana 'core business' haji
itu adalah berzikir kepada Allah swt. Semoga amalan haji kita mengajar kita
menjadi lebih baik daripada sebelumnya, menjadi tersangat baik lagi jika
sebelum ini kita sudah dalam keadaan lebih baik.
Ceramah disampaikan oleh Dr Zulkifli Al Bakri
No comments:
Post a Comment