Thursday, January 17, 2013

Bayan Masturat - Ceramah Khas untuk Wanita

Masjid di Malaysia
Di Malaysia terdapat hampir 22,800 buah masjid kesemuanya. Tetapi berapa banyak masjid yang hidup solat 5 waktu? Di antara yang hidup solat 5 waktu, berapa masjid yang hidup amalan dakwah, taklim, ibadah dan khidmat. Masjid kita hari ini tidak lebih daripada solat 5 waktu. Selepas Isyak masjid dikunci dan dibuka semula pada waktu Subuh. Semuanya gara-gara kerana takut berlaku kecurian. Sebabnya?

Masjid Quba' - Masjid Pertama dalam Islam




Jawapannnya ialah, masjid kita tidak hidup 24 jam. Sedangkan 7 eleven, pam minyak, kilang boleh beroperasi 24 jam sehari, kenapa masjid atau surau kita tidak sedemikian? Sebagaimana zaman Nabi dan sahabat dulu yang mana seolah-olah berlaku shift sebelum waktu Subuh. Sebab itu azan Subuh dua kali. Iaitu azan 1 jam sebelum Subuh untuk mengejutkan orang di rumah untuk datang ke masjid manakala yang berada di masjid sempat balik sekejap untuk menunaikan keperluan seperti ke tandas dan sebagainya sebelum  azan kali kedua iaitu sebagai tanda masuknya waktu Subuh. Oleh itu, tidak hairan masjid mereka dapat beroperasi 24 jam sehari. Masjid mereka diimarahkan dengan amal agama seperti berzikir, baca Quran solat-solat sunat/nafil dan sebagainya.

Masjid Nabawi di Madinah

Amal Soleh yang Utama
Membaca al-Quran dalam kalangan wanita di rumah adalah sangat penting. Antara fadhilatnya ialah syaitan lari jika surah al-Baqarah dibacakan di rumah kita. Wanita juga digalakkan agar banyak melakukan ibadah dan amal soleh di rumah mereka. Rumah ibarat surau atau masjid bagi wanita. Wanita juga perlulah menjaga solat di awal waktu kerana ianya adalah amalan yang paling afdhal di sisi Allah. Mengapa perlu solat di awal waktu? Jawabnya..

1. Takut kita mati sebelum solat dalam waktunya,
2. Takut datang bulan/uzur sebelum menunaikan solat dalam wkatunya
3. Takut-takut kalau dah nak bersalin tanpa sempat bersolat terlebih dahulu

Solat juga boleh dikelaskan dalam lima kualiti solat iaitu:
1. Solat lewat waktunya,
2. Solat yang banyak pergerakan, kadang-kadang lalai, lupa dan khayal,
3. Solat yang khusyuk, lalai sekejap terus balik semula ke arah kekhusyukan,
4. Solat ahlullah, solat sahabat nabi
5. Solat anbiya', maqam solat yang paling tinggi

Solat dan Kepentingannya
Seorang tabiin, Thabit Banani rah. alaih berdoa kepada Allah agar dapat bersolat di dalam kubur, Allah swt qabulkan permintaanya. Beliau begitu seronok dan asyik dengan solat kerana solat dapat menyukakan Allah swt. Baginya, solat adalah untuk Allah swt semata-mata.

Terdapat juga sahabat Nabi Muhammad SAW yang bersolat Subuh dengan menggunakan wudhuk solat Isyak. Maksudnya, mereka tidak tidur pada malamnya, sebaliknya malam mereka dipenuhi dengan amal ibadah, sujud menginsafi kekerdilan diri mereka di sisi Allah swt.

Solat juga digunakan untuk menyelesaikan segala masalah. Seorang sahabat nabi SAW, iaitu Abu Hurairah ra apabila mengalami sakit perut kerana kelaparan, terus bersolat memohon makan kepada Allah. Sahabat agung ini tidak meminta-minta dengan manusia sebaliknya terus meminta dengan Allah swt, yang Maha Pemberi.

Sebagai manusia biasa, sepatutnya kita takut jika solat kita tidak diterima oleh Allah. Oleh itu kita perlu jaga solat kita dengan sebaik-baiknya. Kesempurnaan solat bermula daripada wudhuk yang sempurna. Jika wudhuk sudah tidak sah, masakan pula solat kita diterima oleh Allah swt. Setiap rukun perlu dijaga di dalam solat. Tumpuan sepenuhnya terhadap solat amat diperlukan untuk mendatangkan khusyuk.

Di samping itu, anak yang berusia 7 tahun juga perlu diajar mereka agar jangan tinggalkan solat. Dalam rumah kita sepatutnya ada tempat khusus untuk solat, ada tempat untuk ikfikaf. Jika kita selalu solat sunat di suatu sudut dalam rumah kita, isteri kita juga perlu selalu solat fardhu dan sunat di sudut tersebut. Oleh itu, rumah kita akan menjadi seperti masjid, hidup dengan suasana amal, suasana para malaikat, iaitu berada dalam suasana makhluk Allah yang taat sifatnya. Di tempat itu juga kita adakan taklim, tilawah Al-Quran dan pelbagai amalan agama yang lain seperti berzikir dan seumpamanya.

Doa dan Zikir
Isteri juga perlu jaga zikir harian mereka, barulah masakannya ada kualiti. Jaga juga bacaan Al-Quran mereka. Amalkan juga doa-doa harian. Amalan-amalan ini akan menjadikan kehidupan kita lebih dirahmati dan diberkati oleh Allah swt. Ramai orang tua hari ini sukar untuk tidur disebabkan masa muda dulu tidak mengamalkan adab tidur yang sempurna seperti membaca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Kita patut ada sifat rendah diri, banyakan doa dalam setiap amal. Jika kita selalu membaca Al-Quran di rumah kita, maka rumah kita akan menjadi seperti madrasah. Rumah kita akan hidup percakapan iman yakin dalam rumah tangga. Sekiranya kita banyak bercakap tentang dunia, maka akan datang sifat nifak (Sifat yang ada pada orang munafik, iaitu apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat). Kita perlu latih anak kita bercakap tentang kebesaran Allah. Allah yang buat itu.. dan Allah yang buat ini.. bla..bla..

Taklim Di Rumah
Kita juga perlu menghidupkan amalan taalim di rumah kita. Laporan daripada Masjid Bandar Baru Seri Petaling, jumlah karkun di Lembah Kelang seramai 7000 orang tetapi hanya 2000 rumah sahaja yang buat taalim. Mana lagi 5000 buah rumah?

Kita boleh mesyuaratkan giliran siapa yang baca taklim di rumah kita, buat halqah iman yakin selepas itu. Kita juga boleh mesyuaratkan takazar dakwah, contohnya bila nak keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan, takazar markas, boleh muzakarah masa'il dan lain-lain lagi.

Orang Yahudi cuba usahakan agar kita tidak mengamalkan sunnah. Mereka berjaya mengaburi mata kita dengan melihat orang yang mengamalkan sunnah nampak macam asing, semuanya kerja Yahudi. Orang yang mengamalkan sunnah dilihat seperti kolot dan ketinggalan zaman.

Hidup Sederhana (Wasatiyyah)
Kita perlu belajar hidup sederhana, walaupun mampu untuk membeli sesuatu yang mahal. Sebenarnya, duit tersebut boleh diinfakkan di jalan Allah. Sahabat dulu dapat banyak harta tapi dah hantar kat akhirat sebelum mereka mati lagi. Mereka inilah orang yang cerdik. Orang sekarang mati, harta tinggal kat sini (dunia) tak boleh selesaikan sebab tak tinggal wasiat.

Kita dinasihatkan agar jangan banyak habiskan duit untuk rumah, kereta, perkahwinan, keperluan makanan. Banyak duit boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat lagi. Semua yang kita belanjakan tersebut akan habis. Oleh itu, kita cuba belanjakan apa yang boleh bagi manfaat pada kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat.

Kisah Asma ra yang minta api dengan jiran Yahudi kerana lapar, tak ada makanan. Asma ra berdoa kepada Allah, minta makanan dengan Allah. Akhirnya, Allah swt telah salurkan makanan kepada Asma ra. melalui orang Yahudi tersebut. Subhanallah.


Bayan disampaikan oleh Hj Zul, Desa Mahkota, Bangi pada 13 Januari 2013, jam 11 pagi di rumah Haji Amin BSP.

No comments:

Post a Comment