Thursday, January 17, 2013

Rezeki namanya.. Durian! Oh Durian!

Durian yang kuning. isinya. Wow! Sedapnya..
"Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. ", begitulah bunyinya.
Aku dan isteri tidak mempedulikannya kerana sangkaku ada orang datang ke rumah jiran sebelah. Jarang orang datang ke rumah aku pada waktu begini. Iaitu lebih kurang setengah jam lagi masuknya waktu Maghrib, lebih kurang 10 minit lagi jam 7 malam.

Rupa-rupanya, anak seorang daripada jiran aku yang memberi salam kepadaku. "Waalaikumussalam", jawabku.



Di tangannya ada guni yang berisi durian. Ayahnya pesan untuk bagi kepada kami sekeluarga. "Terima kasih", jawabku.

Siapa sangka sebaik sahaja tiba di rumah selepas mengambil anak dari sekolah ada orang datang ke rumah semata-mata untuk memberi durian. Apalagi, sebelum maghrib, kita orang anak beranak sapu bersih. Sungguh sedap isi durian tersebut. Isinya kuning dan tebal. Subhanallah!.. Aku bisik pada isteriku.."Siapa sangka kita dapat makan durian petang ni?" Tak terfikir nak makan durian pada petang ni tapi bila dah namanya rezeki, Allah gunakan jiran untuk menghantar rezekiNya ke rumah kita. Syukur padaMU Ya Allah.



Makan.. jangan tak makan

Rezeki yang tidak disangka-sangka


Aku doakan semoga jiranku ini dimurahkan rezeki dan diberi taufik dan hidayat untuk menjadi hambaMu yang soleh, bahagia hidupnya di dunia dan akhirat. Amin.

16 Januari 2013.

No comments:

Post a Comment