Tuesday, July 14, 2009

Bengkel Penulisan Jurnal Berindeks dan BerimpakTinggi

Alhamdulillah, pada 8 dan 9 Julai yang lepas, saya berkesempatan untuk mengikuti program penulisan jurnal. Nampak macam senang tapi tidak semudah itu. Bengkel tersebut disampaikan oleh Prof Mohd Amin Embi, daripada UKM. Beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penulisan, dan pengalaman berharga beliau tersebut dapat berkongsi dengan kami di KUIS.

Gambaran Sebenar
Sebelum ini, gambaran kami tentang jurnal agak kabur. Tidak dapat membezakan jurnal mana yang berkualiti dan jurnal mana yang tidak. Apa yang dimaksudkan dengan berimpak tinggi dan berindeks. Kini, kekaburan itu tiada lagi. Dulu, semua jurnal sama sahaja.

Mula Munulis
Bagi orang seperti kami, stating point is very important. Saya perlu menulis sedikit demi sedikit kerana dalam kesibukan rutin kerja menyebabkan masa untuk menulis agak terbatas. Tentunya itu sebahagian daripada alasan saya. Walaubagaimanapun, jika kita benar-benar mempunyai keinginan, sibuk macam mana sekalipun tetap akan diluangkan untuk menulis. Itulah motivasi untuk lebih serius dalam bidang penulisan terutamanya yang berbentuk akaddemik dan ilmiah.

Semoga dipermudahkan oleh Allah swt hendaknya. Amin.

Tuesday, May 5, 2009

Mencari keredhaan Allah..

Sebagai hambaNya..kita sewajibnya meletakan keredhaan swt mengatasi segalanya.. Bukannya meletakkan keredhaan manusia mengatasi keredhaan Allah swt.

Hari ini sebaliknya.. Manusia lebih menjaga hati manusia tanpa berfikir untuk lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan mereka. Sungguh sedih!!

Wednesday, March 18, 2009

Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah - Dr Halimah

SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala menurut beliau, Diploma Sains Komputer, di Kuis yuran pengajian sebanyak RM12,325; Kolej Risda Melaka, RM18,792; Kolej Infometik, RM27,200; Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya. - mns_

Muhammad Arif Ismail

Tue | Mar 17, 09 | 2:29:10 pm MYT

Thursday, February 19, 2009

Semua Orang Ada Blog

Salam..

Dunia hari ini telah berubah. Semua orang ada blog. Termasuklah aku kini. Budaya memiliki blog kini telah berjangkit bukan sahaja kepada orang-orang IT tetapi juga tokoh-tokoh, pemimpin2, ustaz-ustaz, tapi kini orang biasa macam aku pun cuba untuk menulis di dalam blog. Sekadar berkongsi pengalaman, cerita atau apa2 sahaja yang menarik yang sesuai dikongsi.

Salam perkenalan.