Tuesday, September 24, 2013

Nak Tukar Sekolah


"Papa, kakak ingat nak tukar sekolah la..", begitulah kata-kata anak perempuanku sebaik sahaja pulang daripada sekolah.

"Kenapa?", tanya aku untuk mengetahui sebabnya.

"Kakak tak suka la orang panggil kakak dengan nama 'Chef Wan' dan 'Rozita Che Wan' ", katanya.

"Ooo.. ok." Jawabku selamba.

Begitulah perbualan aku dengan anak sulongku ini yang baru darjah 2. Kesan ejekan atau panggilan yang tidak sepatutnya telah melunturkan semangatnya untuk pergi ke sekolah. Sungguh kesian!!

Aku hanya pesan kat anak aku supaya jangan endah apa orang nak kata. Buat do no je.. penat nanti dia orang stop la. Jika kita layan apa yang orang cakap kat kita, nanti mereka akan usik lagi sebab ada respon.

Satu lagi ialah ucap alhamdulillah apabila orang kata tak elok kat kita. Bila kita ucap alhamdulillah, kita akan dapat pahala. Tapi apabila kita membalasnya (apa yang orang kata), sebenarnya kita sama macam orang tersebut.

Bila dah tak tahan lagi, barulah report kat cikgu. "Cikgu, ada orang kata kat saya." Laporkan sahaja pada guru kelas. Biar guru kelas bagi warning kat kawan-kawan tu.

Saya kata kat anak saya, "..tu perkara kecil sahaja. Bila dia kata yang tak elok, bukannya kita cedera pun." Aku cuba sedapkan hati anak aku yang dah mula cool sikit.

Lainlah jika dia mencerca mak bapak kita, mempermainkan agama kita. Itu TIADA KOMPROMI. Boleh ambil tindakan. Tapi ingat, mereka ni semua adalah budak-budak yang masih mentah lagi.

Aku tanya anak aku, "Kakak tahu tak kenapa dia panggil kakak macam tu?". Jawab aku terus, "Sebenarnya mereka panggil macam tu sebab nama kakak macam Rozita Che Wan dan cantik macam dia. Kakak kenal tak Rozita Che Wan tu?", tanya aku. "Kenal..kenal", jawab anak aku. Tu la.. akhirnya anak aku suka hati pulak. Daripada nak marah-marah, jadi suka hati pulak.

Nama anak : Che Wan Sofiya

Kisah Natrah - Majalah Qalam

Tersentuh hati saya membaca kisah Nadrah (Natrah) dalam majalah ini. Apa yang kita akan lakukan jika kita berada pada masa tersebut?

Petikan daripada Majalah Qalam, September 1950


Setelah keputusan itu diisytiharkan maka terjadilah
suatu riwayat yang sangat-sangat menyedihkan di bangunan mahkamah
itu iaitu suatu perbuatan yang sangat sedih di dalam mana
Nadrah dengan serta merta memaut ibu angkatnya lalu tidak
mau melepaskannya dengan air mata dan raungan yang menjadikan
orang-orang yang melihat itu bukannya sahaja berasa sedih
tetapi mengeluarkan air mata kerana mereka itu menimbang rasa
kepada penanggungan-penanggungan yang diderita oleh kedua-dua mereka itu iaitu
akan diceraikan pada hal mereka telah berperasaan sebagai
ibu dengan anak. Setelah berita-berita yang sedemikian ini tersebar (Ms 29)


Petikan daripada Majalah Qalam, Bilangan 2 - September 1950 (Senaskhah 50 sen)


Terima kasih kepada :

Berbaju batik - salah seorang waris kepada Penerbit Majalah Qalam yang masih hidup
Forum dalam majlis pelancaran majalah qalam digital

Orang Jepun buat arked majalah qalam (repository)


Monday, September 23, 2013

Solat Sunat Tasbih

Solat sunat tasbih (sebanyak empat rakaat) boleh dilakukan di waktu siang atau pun malam. Jika dilakukan di waktu siang, ia perlu di lakukan dengan satu salam, (4 rakaat secara terus). Sebaliknya jika dilakukan pada waktu malam, ia perlu dibuat secara 2 rakaat,  dengan satu salam. Selepas selesai, ditambah lagi sebanyak 2 rakaat lagi.

Berikut adalah niat solat tasbih :

أصلى سنة التسبيح ركعتين لله تعالى

Niat tersebut untuk solat tasbih yang dilakukan dengan dua kali salam, manakala  untuk yang satu kali salam pula adalah seperti di bawah:

أصلى سنة التسبيح اربع ركعات لله تعالى

Bacaan surah yang digalakkan selepas Fatihah adalah seperti berikut :

Rakaat pertama
Rakat kedua
Rakaat ketiga
Rakaat keempat
Pilihan 1
Ya Sin
Al Waqiaah
Ad Dukhan
Al Mulk
Pilihan 2
Ad Dhuha
 Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah
Surah Al-Kauthar
Al Nasr
Pilihan 3
Al-Zalzalah
Al-‘Aadiyaat
Al Nasr
Al Ikhlas
Pilihan 4
At-Takathur
Al Asr
Al-Kafirun
Al Ikhlas

Bacaan Tasbih
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Kedudukan Bacaan Tasbih
Bil
Selepas bacaan surah (selepas fatihah)
15
Rukuk
10
Iktidal
10
Sujud
10
Duduk antara 2 sujud
10
Sujud ke 2
10
Duduk istirahah (pada rakaat pertama)
/Sebelum Tashud (pada rakat kedua)
10
Jumlah
75

Jumlah bacaan tasbih keseluruhannya adalah 4 rakaat x 75 = 300 kali.

Solat tasbih boleh dilakukan setiap hari, atau seminggu sekali, atau sebulan sekali, atau setahun sekali, atau paling kurang sekali dalam seumur hidup.

Doa selepas solat :
اللّهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ تَوْفِيْقَ اَهْلِ اْلهُدَى وَاَعْمَالَ اَهْلِ اْليَقِيْن وَمُنَاصَحَةَ اَهْلِ التَّوْبَةِ
وَعَزَمَ اَهْلِ الصَّبْرِ وَجَدَّ اَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ اَهْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ اَهْلِ الْوَرَعِ
وَعِرْفَانَ اَهْلِ اْلعِلْمِ حَتىَّ اَخَافَكَ . اللّهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ مَخَافَةً تُحْجِزُنِى عَنْ
مَعَاصِيْكَ حَتَّى اَعْمَلَ بِطَعَاتِكَ عَمَلاً اَسْتَحِقُ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى اُنَاصِحَكَ فِى
التَّوْبَةِ خَوْفًا مِنْكَ وَحَتَّى اُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ حُبًّالَكَ وَحَتَّى اَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فى
اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاُحْسِنَ الظَّنَّ بِكَ . سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ رَبَّنَا اَتْمِمْ لَنَا نُوْرَنَا وَغْفِرْلَنَا اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.



Sumber : Kitab Hidayah Al Salikin