Thursday, November 10, 2016

Nasihat Imam Syafiee

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".


"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"


"Jangan cintai orang yang tidak m'cintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"


"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".


"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."


"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”


"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''


"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"

Ringkasan (DB) Bayaan Hazrat Mawlana Saad Kandhalwi - 3 /11/2014

Ringkasan (DB) Bayaan Hazrat Mawlana Saad Kandhalwi ini untuk org lama di Markaz Nizamuddin (2014/11/03)

● Usaha ini [ tabligh] tidak akan maju melalui  pengalaman, tetapi dengan mengamalkan cara-cara para Sahabat (RD)

● Mereka yang terlibat dalam tabligh dilihat telah mula kurang mengkaji kehidupan para Sahabat (RD) dan menganggap ia kurang penting dan lebih cenderung kepada ucapan, mashwara, dan program-program di tempatnya

● Hazratji Mawlana Ilyas (ra) mengatakan bahawa ucapan atau perbincangan yang tidak memupuk kesedaran kpd Allah tidak berharga tetapi hanyalah keseronokan/halwa telinga.

Monday, August 8, 2016

Selamatlah Saudara Ammar Haziq

Hari ini terusik lagi minda ini
Dalam suasana meriah aidilfitri
Mendengar khabar janji yang pasti
Saudara Ammar Haziq dipanggil Ilahi
Anak di kandung pun tak sempat dikucupi
Moga tenanglah saudara ku ini di sana nanti
Di sisi Maha Pencipta mu yang lebih menyayangi

Namun inilah suatu bukti
Bahawa janji Allah itu pasti
Kematian kan sentiasa menanti
Buat semua tiada yang terkecuali
Ingat mengingatilah yang masih di sini
Sakit dan tua bukan syarat utama mati
Kerna yang muda dan sihat juga telah pergi

Walau indah dunia di sisi
Walau bertimbun harta di cari
Walau punya ayah, ibu, anak dan isteri
Walau ramai handai taulan serata negeri
Walau ada beratus yang menjaga setiap hari
Namun janji Allah itu pasti, tak dapat dimungkiri
Setelah habis sisa kehidupan yang masih berbaki
Sampai masa berangkatlah kita ke alam yang abadi
Moga perginya kita nanti bukan sekadar ditangisi
Namun doa, amal, taqwa, sedekah jua yang mengiringi
Mengharap syafaat Rasul dan syurga yang dijanji
Dalam rahmat, redha dan maghfirah Mu Ya Rabbi
Moga kita terpilih dalam golongan yang diredhai

musafir senja
2 ogos 2016/ 28 syawal 1437, KUIS

Monday, June 20, 2016

banjir besar di kg bangi tambahan, bangi lama

7 mei 2016

Banjir besar di kg bangi tambahan.

Banyak rumah yang tenggelam.

Dikatakan banjir yang paling besar berbanding sebelum-belumnya.


Ingat- banjir satu ujian daripadda Allah.

Banjir zaman nabi Nuh - satu bala bencana daripada Allah swt terhadap kaum yang ingkar. Semoga kita mengambil iktibar atau ibrah daripada perkara yang lepas.

Abg weil - my cousin pergi buat selamanya

Hari ini Ahad, 19 jun 2016, selepas Subuh.

Sepupu saya yang senior, Abg Weil telah pulang ke rahmatullah di rumah nya selepas pulang dari solat Subuh.
Arwah adalah seorang yang baik dan rajin.  Beliau sentiasa hadir ke majlis kenduri kahwin atau kematian.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin. 

X dpt tidur malam?

Apa perlu anda buat:
1. Qiyam lail
2. Membaca Quran dan buku
3. Berzikir
4. Kemas rumah
5. Tengok handphone
6. Tengok tv