Wednesday, March 12, 2014

Perginya tidak kembali lagi

Dua hari lepas, aku dikejutkan dengan kematian Mok Da, jiran aku dulu masa kecil-kecil dulu. Mok Da juga adalah sepupu kepada ayah aku. Jadi, Mok Da adalah mak sepupu aku. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah.



Dulunya keluarga Mok Da tinggal selang dua buah rumah daripada rumah aku. Selepas kahwin, Mok Da pindah ke Kg. Paya Berenjut kerana dapat tanah untuk membina rumah di sana.

Kebaikan Mok Da memang tidak dinafikan. Semasa hidupnya beliau seorang yang begitu lemah lembut. Aku ingat lagi, Mok Da tolong jahit seluar aku yang koyak. Aku orang susah. Pakai seluar selagi boleh dipakai.

Mok Da juga memang seorang yang baik hati. Kadang-kadang dia tolong aku. Masa aku kecil dulu, dia upah aku basuh motorsikal suami dia. Dapat lah duit untuk belanja.

Pernah aku dikhabarkan bahawa Mok Da sakit tenat sekitar dua atau tiga tahun lepas. Kebetulan aku berada di Kemaman pada masa itu. Kesempatan itu aku ambil untuk menziarahinya di Hospital Kemaman. Pada masa tersebut keadaannya koma. Alhamdulillah, Allah swt memanjangkan umurnya untuk hidup lagi di dunia ini selepas 2 hingga  tiga tahun.



Kini Mok Da sudah tiada lagi di dunia ini. Perginya ke rahmatullah tidak kembali lagi.  Kini dia berpindah ke alam lain, iaitu alam barzah. Aku doakan agar segala kebaikannya yang telah dilakukan dibalas oleh Allah swt dengan ganjaran pahala dan syurga. Manakala segala kesalahannya, moga Allah mengampunkannya. Tiada pengharapan melainkan hanya kepada Allah swt. Moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan mendapat nikmat daripada Allah swt. Ameen. Ya Rabbal 'Alamin.

Bangi, 12 Mac 2014.

Friday, March 7, 2014

TULISAN JAWI DAN CABARANNYA DALAM MENDEPANI ZAMAN

Oleh : Che Wan Shamsul Bahri bin CW Ahmad, kini bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Artikel ini hanyalah pandangan penulis semata-mata. Kutipan dan petikan adalah dinyatakan sumbernya.

Pendahuluan
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah bukan sahaja lanskap kehidupan masyarakat Melayu, bahkan juga turut mengubah kaedah penulisan masyarakat Melayu. Ini terbukti dengan penggunaan tulisan Jawi secara meluas di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Usianya dikatakan telah mencecah hampir seribu tahun berbanding dengan tulisan Rumi yang hanya mula digunakan secara meluas selepas tahun 1960an. Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan bahasa Melayu tulisan Rumi secara rasmi pada tahun 1963, maka secara tidak langsung tulisan Jawi mula dipinggirkan. Bertitik tolak dari situ, tulisan Jawi sudah tidak lagi dilihat kepentingannya sebagai tulisan bahasa Melayu. Lantaran dari itu, pengajaran Jawi di sekolah tidak lagi ditekankan.

Program memartabatkan Jawi


Wednesday, March 5, 2014

Kehidupan di dunia yang sementara

"Mana kita nak percaya, Penjual madu atau Allah swt?"

Itulah antara soalah yang diajukan oleh seorang penceramah kepada audiens. Tentunya Allah swt!, jawab aku di dalam hati.

Kehilangan Tempat Bergantung...

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan kematian seorang suami kepada salah seorang staf di tempat aku bekerja. Apa yang sungguh menyentuh hati aku apabila si isteri tidak tahu suaminya sudah meninggal. Puas dihubungi melalui hand phone mahu pun mesej namun tidak berjawab.


Selepas 2 minggu..