Wednesday, January 22, 2014

Sudah jatuh ditimpa tangga

Ujian daripada Allah swt kepada hambaNya..



Seorang staf yang sama bekerja dengan aku tetapi berlainan fakulti diuji oleh Allah swt begitu hebat sekali.

Sebelum ini beliau diuji dengan anaknya meninggal kerana terjatuh daripada quaters kakitangan dari tingkat 2 kalau tak silap aku. Jenazah anaknya dibawa pulang ke kampungnya di Indonesia.

Tapi kini beliau diuji lagi dengan isterinya pula yang meninggal ketika bersalin. Bayinya selamat dilahirkan tetapi ibunya pula yang meninggal dunia. Maha suci Allah, semuanya ada hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa ini.