Wednesday, January 22, 2014

Sudah jatuh ditimpa tangga

Ujian daripada Allah swt kepada hambaNya..



Seorang staf yang sama bekerja dengan aku tetapi berlainan fakulti diuji oleh Allah swt begitu hebat sekali.

Sebelum ini beliau diuji dengan anaknya meninggal kerana terjatuh daripada quaters kakitangan dari tingkat 2 kalau tak silap aku. Jenazah anaknya dibawa pulang ke kampungnya di Indonesia.

Tapi kini beliau diuji lagi dengan isterinya pula yang meninggal ketika bersalin. Bayinya selamat dilahirkan tetapi ibunya pula yang meninggal dunia. Maha suci Allah, semuanya ada hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa ini.



Beliau yang masih di dalam kesedihan, saya doakan agar beliau tabah dan sentiasa sabar di atas ujian daripada Allah swt. Anaknya itu adalah saham untuk membantu beliau di akhirat kelak. Isterinya pula boleh dikategorikan syahid kerana mati ketika melahirkan anak.

Subhanallah! Semuanya ada ganjarannya diakhirat kelak. Namun semua itu perlu dilalui dengan sabar dan solat. Itulah petua bagi orang Islam dalam memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah swt.

Allah Swt berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” 

(Al Baqarah 153 – 154)

No comments:

Post a Comment