Sunday, May 7, 2017

Berat mata memandang..

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”.

Itulah yang boleh aku ungkapkan untuk kedua-dua sepupuku, Zira, (18 tahun) dan Mira (14 tahun) yang kini menjaga ayah mereka di ICU Hospital Kuala Terengganu (HKT).
Atau lebih tepat lagi..

“Sudah jatuh di timpa tangga”

Setahun yang lepas, mereka kehilangan ibu kesayangan kerana penyakit darah tinggi hingga menyebabkan pendarahan di kepala. Koma hampir seminggu di HKT sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiba-tiba pada pagi Selasa yang lepas, aku terdengar sepupu aku ni menjerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong!  Ayah jatuh”.

Aku bergegas ke rumahnya kerana rumah mereka hanya bersebelahan dengan rumah mak ayah aku di kampung.

Ketika masuk ke rumah mereka, aku terus meluru ke dapur. Kelihatan pakcikku terbaring di lantai. Tanda-tanda stroke seperti kegagalan untuk menggerakan kaki dan tangan sebelah kiri kelihatan. Pakcik aku cuba bangun tetapi gagal.

Aku cuba mengangkatnya ke ruang tamu dengan dibantu oleh Padil. Melihat keadaanya yang agak serius, aku membuat keputusan untuk membawanya ke Hospital Kemaman dengan bantuan ambulans.  Alhamdulillah, ambulans sampai bagitu cepat.

Ketika di Hospital Kemaman, pakcikku dimasukkan ke ICU, Zon merah menandakan perlu pengawasan rapi sepenuhnya. Beliau tidak sedarkan diri. Menurut doktor yang bertugas di sana, dia dimasukkan ubat dan kemungkinan terdapat pendarahan di  kepala. Menurut doktor lagi, pakcikku perlu dipindahkan SEGERA ke HKT memandangkan kelengkapan peralatan dan pakar yang ada di sana. Kami bersetuju demi untuk satu pengharapan agar beliau sembuh seperti sedia kala.

Tiba di HKT, doktor mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kepala dan pembedahan perlu dilakukan segera. Kami bersetuju dan redha walaupun faham yang risikonya tinggi. Namun kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.  Sehingga kini, pakcikku masih belum sedarkan diri dan kesihatannya semakin merosot.

Besar harapan anaknya agar dapat berpuasa dan beraya bersama ayahanda kesayangan mereka pada tahun ini. Namun, hanya Allah yang mengetahui nasib mereka sama ada mereka masih berpeluang atau mungkin tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka buat selama-lamaya seperti mana pemergian ibu mereka pada awal tahun lepas.

Hatiku hanya mengharapkan semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Tanda kasih sayang Allah taala pada hambaNya adalah dengan menguji hambaNya. Sama-samalah kita doakan kebaikan untuk mereka sekeluarga.

My Pakcik : CW IBRAHIM

Lawatan Banchmarking FSTM, KUIS di UNIKL MIIT

Alhamdulillah pada 25 April yang lepas, kami rombongan daripada FSTM KUIS mengadakan lawatan Banchmarking di UNIKL MIIT, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Gambar sekitar lawatan.

Sebelum persembahan animasi

Menyaksikan persembahan di Makmal Animasi UNIKL

Menyaksikan persembahan di Makmal Animasi UNIKL

Perbincangan dan perkongsian idea

Salah seorang penyelidik dan calon Phd UNIKL

Sesi taaruf KUIS-UNIKL

Persembahan Animasi

Gim

Kemudahan yang disediakan

Kemudahan Smart Board

Gim

Terima kasih kerana menerima rombongan kami

Peserta rombongan bergambar
Terima kasih UNIKL kerana sudi menerima rombongan kami.