Friday, June 22, 2012

Ceramah Israk Mikraj

Semalam, aku dipilih oleh Allah swt untuk hadir ke program Ceramah Israk Mikraj anjuran jawatankuasa surau, taman perumahan tempat aku tinggal.

Penceramah jemputan adalah AlFadhil Ustaz Nushi daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Ceramah yang disampaikan agak berbeza dangan ceramah Israk Mikraj yang lain  kerana menurutnya kita digesa agar berfikir di luar kotak.

Kita perlu menyingkap kejadian Israk dan Mikraj yang dilalui oleh junjungan besar Nabi SAW dalam konteks kehidupan kita hari ini. Orang barat telah mengkaji peristiwa Israk Mikraj ini lalu menghasilkan pelbagai teknologi canggih seperti yang kita lihat hari ini antaranya kapal terbang, skrin pintar, dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan bahawa konsep underwater world sebenarnya diambil daripada sirah nabi Musa a.s yang lari apabila dikejar oleh Firaun dan tenteranya lalu masuk ke dalam Laut Merah tanpa lemas sebaliknya Firaun dan tenteranya tenggelam dilautan tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa teras utama dalam Israk Mikraj adalah pensyariatan ibadah solat. Daripada 50 waktu dikurangkan kepada 5 setelah Nabi SAW mendapat nasihat daripada Nabi Musa a.s. Pengajarannya, walaupun Nabi Muhammad SAW ketua segala nabi dan semulia-mulia makl\hluk tetapi masiih mendengar dan menerima cadangan daripada orang tua, iatu Nabi Musa a.s.

Sifat malu juga perlu ada sebagaimana Rasulullah SAW malu untuk meminta kurang lagi apabila ibadah solat itu dapat dikurang daripada 50 menjadi lima. Menurut beliau, kita perlu rendah diri ketika solat kerana kita sebenarnya perlu malu pada Allah swt. Dalam solat juga sekurang-kurangnya kita perlu rasa Allah melihat kita. Bahkan diluar solat pun begitu juga.. Kita perlu malu dan sentiasa merasakan yang Allah swt senantiasa melihat kita..

Kuliah maghrib tersebut berakhir pada jam hampir 9.30mlm dengan jamuan malam iatu nasi lemak. Tahniah keapda pihak penganjur.

Janji Ditepati..


Sepanjang perjalanan daripada Bangi ke Shah Alam terdapat banyak biilboard “Janji Ditepati”. Kebetulan pada 19-20 Jun yang lepas, saya berpeluang hadir ke Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu di UiTM Shah Alam.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah kerana saya seorang yang suka menepati janji, maka saya perlu war-warkan yang saya seorang yang menepati janji? Pada pandangan saya, orang akan lihat kita sebagai seorang yang menepati janji bukan daripada slogan atau tutur kata kita, sebaliknya mereka melihat daripada amalan atau praktikal kita yang sebenarnya. Saya sebenarnya amat tidak bersetuju dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia seolah-olah mencerminkan sikap orang yang cuba menunjuk-nunjuk. Sedangkan dalam Islam, kita diajar agar tidak mempromosi diri dengan menyatakan “aku sebagai seorang yang baik” sedangkan orang lain yang lebih tepat dalam menilai kita sama ada kita lebih baik atau sebaliknya.

Oleh itu, saya menyeru agar kita semua bersikap sederhana dan jangan melampau-lampau dalam mempromosi diri dengan menyatakan yang diri aku lebih baik daripada orang lain.

Mungkin dalam politik, ini tidak sesuai diamalkan? Kita perlu lebih menonjolkan diri.. Atau Islam sudah tidak relevan lagi? Wanauzubillah..