Friday, January 4, 2013

Asyik cerita akhirat je, tak mahu dunia ke?

Pada 29 Julai 2012 yang lepas, saya berkesempatan menziarah seorang Pakcik di sebuah taman perumahan yang berhampiran kediaman saya. Saya hanya manjadi "pemandu pelancong" kerana membawa 2 orang ahli jemaah Tabligh yang ingin menziarahi abang ipar kepada kakaknya yang tinggal di situ. Kebetulan mereka keluar 10 hari jemaah masturat berdekatan dengan kediaman saya.

Kami sampai di rumah tersebut pada jam 9.30 pagi. Kebelulan isterinya berada di luar rumah semasa ketibaan kami. Selepas memberi salam, kami dipelawa masuk. Saya memang kenal sangat Pakcik ini kerana selalu berjumpa beliau. Saya kurang bercakap mengenai agama dengan beliau memandangkan beliau kurang berminat untuk mendengar cerita-cerita mengenai akhirat. Pernah suatu masa dahulu semasa saya menziarahinya, apabila saya menceritakan pentingnya usaha ke atas kehidupan akhirat, beliau terus marah dan menyatakan bahawa orang tabligh ni selalu cakap pasal akhirat je.. kita kena cari dunia juga. Kita perlu bercakap tentang bisnes, macamana nak maju dan..bla.bla.. Kita kena fikir apa yang perlu ditinggalkan untuk anak-anak kita dan macam lagi. Menurutnya lagi, sepatutnya orang tabligh buat ziarah dari rumah ke rumah ceritalah mengenai ekonomi, bagaimana nak bantu kehidupan orang Melayu, apa nak jadi dengan negara kita dan macam2 lagi. Sejak daripada peristiwa itu, apabila saya berjumpa pakcik tersebut, saya tidak akan membicarakan berkenaan agama ataupun tentang kehidupan akhirat, dan juga kehidupan selepas mati. Saya hanya bertanya khabar dan sembang-sembang berkenaan dunia sahaja. Contohnya berkenaan pekerjaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Semuanya saya lakukan dengan niat ikram muslimin. Mudah-mudahan suatu masa nanti hatinya terbuka untuk mendengar cerita-cerita berkaitan akhirat dan juga berkenaan kehidupan selepas mati.

Apa yang menarik perhatian saya semasa kami menziarahinya baru-baru ini, saya hanya diam. Sebaliknya, kawan saya merangkap adik kepada adik ipanya yang bercakap. Bila dia kata, "penting kita ajak orang ke masjid" lantas pakcik tersebut terus memotong cakap kawan saya. Katanya, kita perlu fikir dan sangka baik bahawa semua orang solat walaupun mereka tidak datang ke surau atau masjid untuk berjemaah. Kesian.. Bukannya kita kata mereka tak solat tapi kita nak ajak mereka datang ke masjid untuk solat berjemaah. Pakcik tersebut bertambah hot lagi apabila brother tersebut cuba explain apa maksudnya mengajak pergi ke masjid.

Aku hanya diam sambil berzikir di dalam hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya, semuanya baik2 sahaja sebelum kami meminta izin untuk beredar. Mereka saling bersalam-salaman di antara satu sama lain. Doakan hidayat untuk pakcik tersebut dan jangan lupa untuk kita dan juga ahli keluarga kita serta seluruh umat nabi SAW. Ameen.

No comments:

Post a Comment