Friday, March 1, 2013

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Semalam, aku pergi ziarah seorang rakan yang accident. Dia naik motor dengan kakaknya. Semuanya gara-gara sebuah kereta yang ingin membuat u-turn tanpa melihat cermin belakang. Dia dan kakaknya follow kereta tersebut daripada belakang. Apabila kereta tersebut slow, mereka dua beradik cuba memotong.  Apabila motor mereka sedang memotong, kereta tersebut tiba-tiba buat u-turn.
Kaki terkena ekzos kereta



Diziarahi oleh rakan-rakan sekerja

Apa lagi.. motor tersebut melanggar kereta dan kawan aku ni terus terpelosok masuk ke bawah kereta. Tulang pinggulnya patah kerana terseret oleh kereta tersebut. Kereta tersebut terpaksa diangkat untuk mengeluarkannya yang tersangkut di bawah kereta.

Siapa sangka, dah terpolosok di bawah kereta masih hidup? Semuanya kehendak Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menghalang saat ajal masing-masing walaupun sedang tidur di atas katil yang empuk atau sedang makan makanan yang enak dan lazat. Tiba masanya, kita semua akan pergi mengadapNya. Cuma masa, tempat dan caranya yang berbeza. Apa yang penting, kita perlu selalu doakan agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (sebaik-baik kematian) dan bukannya su'ul khatimah (seburuk-buruk kematian). Ameen.

Bangi Indah, 27 Feb 2012.

No comments:

Post a Comment