Wednesday, February 5, 2014

Mimpi ngeri seorang isteri..

"Bang, Sayang nak bagi tahu. Baru-baru ni sayang mimpi ngeri", itulah ungkapan seorang isteri sebaik sahaja sang suami meletakkan kepala ke bantal untuk tidur. Dengan tenang tapi agak suspen, sang suami cuba bertanya, "Apa mimpi negerinya?". Lantas si isteri pun bercerita..

"Saya mimpi abang kahwin lagi", kata si isteri. "Laaa, ingatkan apa tadi.. Baguslah kalau macam tu", jawab si suami.

Tentunya mimpi itu bagus bagi suami jika menjadi kenyataan tetapi menjadi igauan ngeri bagi seorang isteri kerana takut-takut menjadi kenyataan suatu masa nanti.



Itulah lumrah kehidupan dan sifat fitrah bagi seorang wanita. Mana ada wanita yang tidak cemburu jika suaminya berkahwin lagi? Boleh jadi wanita yang tidak berperasaan mungkin begitu. Allahlah yang menganugerahkan sifat cemburu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya!

Bagaimana ingin mengawal sifat cemburu?
Kita perlu mendahulukan Allah dalam segala hal, tanpa mengikut nafsu.

Fikir positif andai betul-betul terjadi, Allah uji sebab Allah sayang kat kita. Allah jadikan ramai wanita di dunia ini tapi semuanya tidak ingin berpoligami, semuanya tak nak berkongsi. Semuanya mementingkan diri sendiri sahaja. Hanya kita yang bertuah dipilih Allah.

Kita perlu terima hakikat bahaawa poligami diharuskan dalam Islam dan sunnah nabi SAW. Bila sebut sunnah, kita patut merasakan kebesaran dan kehebatan walaupun kita tidak mampu mengamalkannya. Bukan untuk mematah hujah kaum wanita tetapi itulah hakikatnya.

Ada yang berpoligami dengan niat yang baik dan murni. Niat untuk selamatkan wanita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Niat untuk membantu dan membela janda-janda. Untuk membantu anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Niat untuk mengembangkan agama, memperjuangkan Islam dan seumpamanya. Allah jadikan lelaki sebagai pelindung kepada wanita!

Memang terdapat ramai suami yang baik dan tidak mengikut nafsu dalam berpoligami. Namun, terdapat manusia mengambil jalan pintas dengan memberi alasan sunnah tapi perangainya punah ranah! Perangainya tidak menepati sunnah!

Jika akhlak macam sunnah tak salah mengikut sunnah dalam perkahwinan, berpoligamilah! Apa yang dikhuatiri, akhlak yang punah ranah merosakan poligami yang dibina dan mencemari sunnah! Wana'u zubillahi min zaalik! Lebih parah lagi, orang lain yang tidak faham sunnah pula memandang serong terhadap sunnah yang mulia ini. Habis semua orang yang berpoligami dituduh jahat gara-gara segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Ini pula modal kaum Hawa untuk mengelak daripada suaminya berpoligami!


No comments:

Post a Comment