Monday, February 3, 2014

Minta maaf

 "Pakcik nak mintak maaf banyak-banyak". Kata seorang Pakcik sambil memeluk aku. Jawab aku sambil terpinga-pinga,  "Tak de masalah.. sama la kita" .

Peristiwa ini berlaku selepas solat Subuh Isnin, 20 Januari 2014 yang lepas. Sebaik sahaja selepas aku memberi sedikit tazkirah tentang kasih dan sayangnya Muaz kepada Rasulullah saw. Bermacam-macam yang aku fikirkan. Mungkin Pakcik ni ada mengumpat kat aku kot, atau cakap belakang-belakang. Aaahhh.. Semua itu tidak penting bagiku. Apa yang penting, aku perlu husnul zon dengan Pakcik ini.


Setiap manusia ada buat kesilapan, dan sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa bertaubat memohon ampun pada Allah swt. Dan jika ada kesalahan kita pada orang, sayugialah kita memohon maaf pada orang yang telah kita lakukan kesalahan tersebut.

Ya Allah, lembutkanlah hatiku untuk memohon maaf pada orang yang aku lakukan kesilapan dan selalulah lidahku dibasahi dengan zikir dan istighfar padaMu, seiring dengan kekusyukan hatiku. Lapangkanlah kehidupan dunia yang sempit bagiku agar mudah untuk perjalanan kehidupan akhiratku.

Ameen. Ya Allah.


No comments:

Post a Comment