Monday, February 3, 2014

Sihat dan Sakit..

"Banyakan bersabar dan moga cepat sembuh.. ". Itulah unggapan yang sering kita lafazkan bila menziarahi orang sakit.

Sihat dan Sakit.. semuanya daripada Allah swt.


Sabtu lepas, kami berpeluang menziarahi sepupu yang sakit di kampung.

Beliau lumpuh hampir separuh badan, di sebelah kiri. Padaku, beliau masih muda, baru berusia 44 tahun. Mempunyai 4 orang anak kesemuanya. Anak sulongnya perempuan, baru berusia 13 tahun.  Isterinya seorang guru.



Begitulah kehidupan di dunia ini. Tiada yang kekal. Kesihatan adalah pinjaman daripada Allah. Kadang-kadang Allah swt memberi ujian sakit untuk mengingatkan kita kepadaNya. Itulah tanda kasih sayang dan tanda ingatan Allah swt kepada hambaNya.

Sakit dan sihat sebenarnya adalah ujian daripada Allah swt. Ramai orang hanya nampak sakit sahaja sebagai ujian daripada Allah swt. Tetapi kesihatan juga sebenarnya adalah ujian. Ramai orang yang tertewas dengan ujian kesihatan yang baik. Kerana dalam keadaan sihat, ramai manusia lupa dan alpa daripada mengingati Allah dan kurang bersyukur. Bila sakit, barulah manusia tahu nilai kesihatan yang dikurniakan Allah swt selama ini.


Harapan kami semoga beliau cepat pulih seperti sedia kala. Dan semoga Allah swt memberi taufik dan hidayat kepada beliau untuk semakin dekat kepada Allah dengan ujian sakit yang menimpanya. Ameen.

No comments:

Post a Comment