Monday, May 11, 2015

Hidup ini satu ujian

9 Ogos 2014, Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.

Sakit : Suatu ujian drp Allah swt.
Benarlah kata orang tua2, seorang ibu dapat menjaga 10 orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Sakit satu ujian daripada Allah

Pengalaman menjaga bapa mertua di hospital bukan sesuatu yang mudah.
Sebagai seorang anak, tanggungjawab ini tidak seharusnya dilepaskan kepada nurse sahaja dengan alasan, itu memang kerja dia.


Aku memang sangat rapat dengan bapa mertuaku. Pada tahun 2012 dulu, aku dipilih menjadi duyufur rahman (tetamu Allah) untuk mengerjakan ibadah Haji. Semuanya dengan asbab mendapat kouta sebagai pengiring bapa mertuaku kerana penglihatannya yang agak kabur. Alhamdulillah, aku dipilih oleh Allah untuk mengerjakan Haji dalam usia yang begitu muda.

Kini, hampir 2 tahun telah berlalu. Bapa mertuaku semakin uzur. Kini beliau tidak dapat berjalan seperti dulu lagi. Kaki kirinya tidak dapat menyokong dirinya untuk berdiri. Keadaannya semakin lemah. Badannya semakin kurus. Dan tidak bermaya. Kencing dan beraknya juga menggunakan pampers. Semuanya ujian daripada Allah swt.

Banyak kali dia mengadu sakit lengan di sebelah kiri dan perutnya yang kembung. Beliau tidak berhenti daripada menyembut nama Allah dan beristighfar apabila sakit. Lidahnya senantiasa dibasahi dengan zikrullah. Subhanallah!!!

Aku doakan agar beliau cepat sembuh dan semoga ujian sakit yang dialaminya itu menjadi kifarah atas kesilapan yang telah dilakukan dan menjadi asbab untuk diberi kemudahan jalan ke Syurga Mu. Ameen.

No comments:

Post a Comment