Friday, May 22, 2015

Permasalahan antara imam dan makmum

Perkongsian Masalah dalam solat berjemaah antara imam dan makmum

Persoalan
Imam solat Isyak 5 rakaat. Rakaat ke2 dan ke3 tahiyat awal. So mcmn? Makmum dah sebut subhanallah pd tahiyyat rakaat ke3. Tapi imam buat "dono" je?
Hukumnya sah kan? sebab lepas tahiyyat pada rakaat kelima imam tersebut Imam sujud sahwi.


Jawapan Ustaz Abu Zaki (KUIS)
Imam lupa. Makmum yang ingat boleh mufaraqah.. Putus fadhilat jemaah.
Yang lebih baik tunggu /duduk, masa tahiyyat yg ke2 tu, tanpa baca tahiyyat.
Pastu ikut rakaat ke4.
Bila imam naik rakaat ke5, makmum yg ingat tunggu sahaja pada duduk tahiyyat akhir.. Sehingga imam turun lepas rakaat ke5. Bila imam dah duduk tahiyyat akhir, baru makmum follow baca tahiyyat dan salam.
Kalau imam sujud sahwi, ikut sujud sahwi.
والله أعلم


Pagi tadi sempat bersarapan dengan Ustaz Hamid Mat Isa (KUIS).

Banyak perkara yang dibincangkan antara imam dan makmum.

#Masalah 1.
Imam solat isyak lima rakaat. Seperti masalah di atas.

Penyelesaiannya
Makmum sebut subhanallah pada rakaat ketiga ketika imam tahiyyat awal kali kedua. Tapi imam buat tidak dengar. Apa yang makmum perlu buat?
- kalau nak mudah, mufaraqah.
atau
- seperti jawapan ustaz abu zaki di atas. Duduk je ikut imam tanpa baca tahiyyat awal sebab dah baca. Bila rakaat keempat imam naik tambah satu lagi menjadi qiyam rakaat kelima (sepatutnya makmum sebut subhanallah. Imam yang faham akan turun semula. Jadi rakaat kelima cancel). Dalam keadaan ini, makmum tidak perlu ikut imam bangkit pada rakaat kelima. Duduk dan tunggu sehingga imam duduk tahiyyat akhir. Barulah baca tahiyyat akhir. Jika imam sujud sahwi, maka makmum ikut sujud sahwi.

#Masalah  2.
Imam solat Isyak tiga rakaat sahaja (skip tahiyyat awal pada rakaat kedua kerana menganggap sedang berada pada rakaat ketiga.

Penyelesaiannya
Biasanya kita akan sebut subhanallah bila imam tertinggal tahiyyat awal. Sepatutnya tak perlu kerana sunat sahaja. Makmum yang tahu akan bangkit ke rakaat ke3 (ikut imam) bila imam telah qiyam pada rakaat ketiga. Jangan tunggu imam duduk tahiyyat awal / berpatah balik. Kalau imam tersebut belum sempurna qiyam, maka imam tersebut dibolehkan untuk berpatah balik iaitu duduk tahiyyat awal semula.

Jika pada rakaat ke3 solat isyak imam duduk tahiyyat akhir, maka makmum sebut subhanallah. Imam sepatutnya bangun qiyam untuk rakaat keempat. Jika imam tersebut tidak qiyam, maka makmum tersebut naik dan sebut subnallah sekali lagi semasa qiyam agar imam tersebut bangkit untuk qiyam rakaat keempat.

#Masalah 3.
Imam terlebih sujud (3 kali sujud).

Penyelesaiannya
Makmum jangan ikut imam sujud kali ketiga tersebut. Tapi sebut Subhanallah. Jika imam sujud sahwi, maka makmum ikut sujud sahwi.

#Masalah 4. Imam terkurang sujud (1 kali sujud sahaja).

Penyelesaiannya
Maka rakaat tersebut tidak dikira. Makmum boleh sebut subhanallah selagi imam belum berdiri tegak (qiyam ) untuk rakaat yang baru. Jika imam telah qiyam, maka makmum ikut imam. Kemudian imam yang tahu/faham akan tambah satu rakaat lagi kerana masih belum cukup bilangan rakaatnya.

#Masalah 5.
Mufaraqah Solat jumaat. Perlu solat zohor tak?

Penyelesaiannya
Jika makmun mufaraqah pada rakaat kedua, maka makmum tersebut dikira solat Jumaat. Hanya perlu sempurnakan solat Jumaat tersebut tanpa mengikut imam.

#Masalah 6.
Masbu' pada rakaat kedua solat jumaat perlu tambah 3 rakaat atau satu rakaat sahaja?

Penyelesaiannya
Jika dapat rakaat kedua imam (sebelum imam iktidal pada rakat kedua), maka makmum masbu' tadi dapat satu rakaat Jumaat. Maka hanya perlu tambah satu rakaat sahaja solat Jumaat tersebut. Jika makmum masbu' tadi tidak mendapat sebarang rakaat pada solat Jumaat seperti datang semasa tahiyyat akhir, maka wajib diniatkan solat Zohor dan bangun tambah 4 rakaat lagi. Dapat pahala solat berjemaah tetapi tidak dapat pahala solat Jumaat.

#Masalah 7. Bila nak tegur imam?

Penyelesaiannya
Bila imam tertinggal rukun yang fardhu sahaja. Niat sebut subhanallah untuk zikir dan bukannya untuk tegur imam.

Kesimpulan/Pengajaran
Bila imam tertinggal yang sunat kita boleh ikut. Sebaliknya, jika imam tertinggal/terlebih yang wajib (rukun) maka kita tak perlu ikut. Jangan ikut pakat pukul rata je. Semuanya 'yes' man. Sama juga dalam kehidupan kita, ada benda yang kita boleh ikut/kompromi dan ada benda yang sememangnya kita perlu tegas.


No comments:

Post a Comment