Friday, May 22, 2015

Over time .. untuk kehidupan akhirat

Bila aku hantar mesej tentang saham akhirat.. ramai yang respon bagus..

Orang Bangladesh bekerja di Malaysia yang cerdik, dia akan kirim duit kat kampung dia dulu walaupun dia masih di Malaysia. Bila dia balik ke negara asalnya nanti, dia akan jadi senang kerana dah ada duit. Dia akan hidup senang di sana. Begitulah dengan kehidupan kita ini. Kita bukan mahu bijak di sini sahaja tetapi kita mahu juga bijak di sana. Senang di sana.



Caranya kita kirim duit untuk kehidupan akhirat kita terlebih dahulu iaitu dengan cara kita banyak menderma, bagi makan orang miskin, bantu anak yatim, dan macam-macam lagi.



Kawan aku bertanya, habis tu yang kita kerja ni macamana? Tak dikira sebagai bekalan akhirat ke? Buat kelas hujung minggu tak dikira sebagai bekalan akhirat ke?

Jawapannya mudah sahaja, semua amalan kebaikan yang kita buat kerana Allah dan kita tinggalkan larangan Allah semata-mata kerana Allah adalah untuk bekalan akhirat kita. Namun, kita tidak mahu hanya merasa cukup dengan amalan itu sahaja. Adakah kita rasa selesa dan cukup dengan amalan kebaikan yang telah kita kerjakan?

Sepatutnya untuk kehidupan akhirat kita tidak perlu jemu untuk beramal. Tingkatkan lagi amalan kebaikan dalam hidup kita. Kalau pekerjaan dunia pun kita masih tidak merasa cukup dengan pendapatan kita, masih tak cukup dengan apa yang kita dapat, maka, untuk kehidupan akhirat sepatutnya kita perlu usaha lebih lagi. Kita kena buat kerja lebih masa untuk kehidupan akhirat kita. Risau jika amalan kita tidak cukup atau yang lebih merunsingkan lagi apabila amalan kita ditolak oleh Allah swt. Sebagaimana kisah tiga orang yang begitu yakin dengan amalan soleh yang mereka kerjakan ketika sedang dihisab oleh Allah. Seorang qari, seorang syuhadak dan seorang hartawan. Semuanya dihumban ke neraka gara-gara nawaitunya bukan kerana Allah swt. Tersedik di hatinya untk dipuji dan mendapat nama. Wanauzubillah.

No comments:

Post a Comment