Friday, August 19, 2011

Kasihnya Ibu..

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tak sanggup berpisah..


Suatu Petang Di Pekan Nilai
Petang Selasa yang lepas, tanggal 26 Julai 2011, saya ke Pekan Nilai kerana menguruskan beberapa perkara. Amalan rutin setiap hujung bulan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutamanya berkaitan hutang. Dikatakan bahawa Rasulullah SAW tidak sembahyang jenazah umatnya yang berhutang. Begitu pentingnya untuk kita selesaikan hutang kerana jika tidak diselesaikan di sini, kita terpaksa selesaikan di sana. Penghitungan di sana (akhirat) lagi sukar dan amat memenatkan. Daripada A hingga Z, semuanya akan dipersoalkan oleh Allah swt. Bersediakah kita? Lebih baik kita selesaikan di sini terlebih dahulu.. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.


Kemalangan Jalan Raya
Di sini saya ingin berkongsi dengan saudara berkenaan satu kemalangan jalan raya yang saya saksikan di depan mata saya sendiri. Di hadapan kereta saya terdapat beberapa buah kereta yang sedang bergerak menuju ke Pekan Nilai. Tiba-tiba daripada depan kereta, saya ternampak sebuah motorsikal bergesel dengan sebuah kereta sehingga penunggang dan pemboncengnya jatuh di atas jalan raya. Terkejut saya melihatnya kerana mereka jatuh tidak jauh daripada kereta yang berada dihadapan saya. Mereka boleh dikatakan bernasib baik dan terselamat kerana kebanyakan kereta yang dipandu agak perlahan kerana memasuki kawasan pekan.

Apa yang pelik bagi saya, bagaimana kemalangan seumpama itu boleh berlaku di jalan yang lurus? Saya kurang pasti siapa yang bersalah. Penunggang motorsikal tersebut yang bersalah atau pemandu kereta MyVI?

Saya lihat penunggang tersebut seorang lelaki manakala pemboncengnya adalah seorang wanita. Lelaki dengan sosok badan yang agak sasa, wanita pula nampaknya agak kurus. Pada firasat saya mereka adalah pasangan suami isteri. Apa yang pasti, mereka adalah berbangsa India berdasarkan warna kulit yang agak malap. Si isteri jatuh terlebih dahulu di tengah-tengah jalan raya manakala si suami jatuh ke hadapan dan terkemudian sedikit bersama motorsikalnya. Apa yang menghairankan ialah si suami sebaik sahaja terjatuh, terus bingkas bangun menerpa ke arah isterinya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya dan motorsikalnya. Terkejut saya apabila melihat bersama isterinya terdapat seorang bayi. Saya kira usia bayi tersebut lebih kurang 6 bulan sahaja kerana tampak pada fizikalnya yang masih kecil. Bayi tersebut selamat dan tidak jatuh kerana didakap oleh ibunya.

Kasih Sayang Seorang Ibu
Saya tergaman. Saya mula terfikir tentang kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban untuk anaknya. Begitu juga seorang ayah. Beliau tidak menghiraukan keselamatan dirinya apatah lagi motorsikalnya. Yang penting bagi mereka ketika itu adalah untuk memastikan anak mereka selamat. Sungguh hebat pengorbanan kedua ibu bapa tersebut, bukan?. Kasih sayang mereka terhadap anak mereka mengatasi kasih mereka kepada diri mereka sendiri.

Bagaimana pula balasan seorang anak suatu hari nanti? Adakah anak ini tahu yang ibu bapa mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk keselamatan dan kesejahteraananaknya. Sebagai seorang anak sepatutnyalah kita menghargai segala jasa dan sumbangan kedua ibu bapa kita dalam membesarkan kita. Kita perlu menjaga tuturkata kita apabila bercakap dengan mereka dan menjaga mereka apabila mereka tua. Firman Allah swt :


Maksudnya :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, danhendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israk:23)

Kalau dengan kedua ibu bapa kita dilarang sama sekali berkata ‘Ha’, apatah lagi perkataan yang lebih teruk daripada itu. Sungguh cantik ajaran Islam dalam mendidik umatnya agar mengasihi kedua ibu bapa.

Hubungan seorang anak dengan ibu bapanya tidak akan putus walaupun berlainan agama. Islam jugamenggesa penganutnya agar menghormati ibu bapa walupun mereka berlainan agama. Tunjukkilah akhlak Islam yang sebenar kepada mereka mudah-mudahan dengan asbab itu mereka mendapat taufik dan hidayat untuk menerima Islam.


Redha Allah
Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allahterletak pada kemurkaan ibubapa.[1]

Amat penting dalam kehidupan kita untuk memastikan ibu bapa kita merestui apa yang kita buat. Walaupunmereka tidak belajar tinggi, tiada diploma atau ijazah, namun pandangan dan nasihat daripada mereka sebagai orang tua amat berguna untuk kita. Mereka lebih berpengalaman daripada kita. Oleh itu, mereka lebih arif tentang selok belok dunia ini.

Selagi Tidak Bercanggah
Namun begitu, andainya nasihat atau suruhan ibu bapa kita bercanggah daripada suruhan Allah, maka wajib bagi kita untuk mengingkarinya. Kita boleh patuh dengan arahan mereka selagi mana tidak bercanggah dengan perintah Allah swt. Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya:

Menjadikewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukaimahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruhuntuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlumentaatinya.[2]

Pengalaman saya menjadi seorang pendidik, ada pelajar yang menangis-nangis menceritakan kepadasaya tentang larangan oleh orang tuanya untuk memakai tudung atau menutup auratdengan sempurna. Saya terkejut kerana di zaman ini masih ada ibu bapa yangtidak memahami tuntutan Islam. Mereka lebih suka anaknya mendedahkan rambutapabila keluar daripada rumah. Bagaimana mereka ingin mendidik anak-anaksedangkan mereka sendiri tidak terdidik. Menurut anaknya lagi, ibu bapanyaselalu bergaduh dan tidak solat. Baginya, pulang ke rumah umpama pulang keneraka. Ini kerana dia memakai tudung litup semasa belajar manakala apabilapulang ke rumah dia terpaksa membuka tudungnya. Ibunya akan marah jika tahu diamemakai tudung.


Doa Kesejahteraan Untuk Mereka
Sebagai seorang anak, kita disarankan agar selalu mendoakan untuk kesejahteraan mereka. Firman Allah swt:


Maksudnya:

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya keranabelas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana merekatelah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israk: 24)


Kisah3 Pemuda yang Ikhlas
Kisah 3 orang yang ikhlas terperangkap di dalam gua. Salah seorang adalah orang yang begitu menghormati kedua ibu bapanya. Diceritakan bahawa ibunya berhajat kepada susu. Sebaik sahaja dia mendapatkan susu tersebut, didapatinya bahawa ibunya tertidur. Lalu dia menunggu sehingga ibunya terjaga. Sedangkan pada masa itu anaknya juga meminta-minta susu yang sama. Dia sanggup membiarkan anaknya mengangis meminta susu yang disediakan untuk ibunya. Bagaimana kasih sayangnya begitu hebat dengan mendahului ibunya sehingga sanggup melihat anaknya sendiri yang menangis teresak-esak. Begitu sayangnya dia terhadap ibunya. Dengan amalannya yang ikhlas tadi iaitu bagaimana dia melayan ibunya yang memerlukan susu lalu Allah membantu ketika dia berada di dalam kesusuhan. Dia dapat nusrah(bantuan) daripada Allah, diselamatkan daripada terperangkap dalam gua tersebut.


Pulang Ke Kampung
Bagi mereka yang berhijrah untuk mendapatkan kerja, mereka terpaksa berpisah dengan ibu bapa. Masabelajar dulu pun kita berpisah dengan ibu dan bapa kerana belajar di sekolah berasrama. Bila tamat sekolah, masuk universiti pula. Berpisah lagi dengan ibu dan bapa. Bila tamat belajar diuniversiti, kita berpisah lagi dengan ibu bapa kita kerana terpaksa bekerja di luar kawasan kampung kita. Bila sudah mendapatkan pekerjaan, kita pula berkahwin. Jadi masa manakah kita bersama ibu dan bapa? Adakahpada sekali setahun, iaitu semasa hendak menyambut Idilfitri? Atau bila adakematian baru kita hendak pulang ke kampung? Baliklah ke kampung halaman lebih kerap selagi mereka masih hidup. Hubungilah mereka setiap hari melalui telefonuntuk bertanyakan khabar. Hanya dengan Celcom XPAX2, kita dapat bercakap dengan ibu bapa kita di mana-mana dalam Malaysia ini selama 10 minit dengan hanya 28sen sahaja. Masihkah kita ada alasan untuk menghubungi mereka?

Perhatilah dirikita. Adakah kita melakukan kesalahan dan kesilapan pada kedua ibu bapa? Jikaada, minta maaf dan ampun daripada mereka sebelum mereka pergi buatselama-lamanya. Sesal kemudian tiada gunanya.

Jangan tunggu hari raya untuk memohon maaf!





[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr waal-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa)dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilahal-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 7144 (Kitab al-Ahkam,Bab mendengar dan taat kepada pemerintah selagi mana ia bukan merupakanmaksiat).

No comments:

Post a Comment